Sambal Udang Ringkas

Salam,

Suka makan udang? Kalau makan udang ni kena yang fresh..memang sedap! Setahu saya kalau nak pilih udang yang fresh ialah dengan memegang misainya. Kemudian, tarik-tarik sikit. Kalau misainya senang tertanggal..maksudnya tak fresh la tu..Satu lagi, kalau pi ke Sabah, jangan lupa beli udang. Besar betul dan murah pula tu...untung betul yang duduk area tu kan? Boleh makan seafood besar dan fresh. Orang Pahang pun untung juga...sebab kalau yang duduk area Temerloh tu..hasil sungai dia ..punyalah besar-besar dan best!
Resepi kali ni memang semua rasanya tahu nak buat..tapi ikut cara masing-masing. Resepi memang ringkas dan cepat..sesuai untuk orang bujang juga..Sesuai juga untuk berbuka pose..


Bahan-bahan
200g udang - dibuang kepala
1 tbsp cili giling
2 tsp sos cili
1 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
1 tbsp gula
garam secukup rasa


Cara-cara
Tumis bawang-bawang sehingga harum mewangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis sehingga masak. Masukkan udang..goreng hingga bertukar jadi merah. Selepas itu, masukkan pula sos cili, gula dan perasakan dengan garam secukup rasa..
Cong..ceng..cong..ceng..dah siap..Hidangkan!

Comments

Popular Posts