Mee Kampung Pek

Salam, 

Alhamdulillah..saya dah balik semula ke Shah Alam. Esok nak keje..Apa?!? Kerja??!?!? Malasnya .. Maklumlah dah dekat 2 minggu cutikan..Oklah..saya sekadar nak berkongsi pengalaman makan di satu restoran yang kira popular juga di Kelantan. Iaitu Mee Kg. Pek. Kampung Pek ni terletak di Jalan Kuala Krai, Machang, Kelantan. Kalau guna GPS koordinatnya ialah X:102*12'44.3" Y:5*41'24.5".


Sebenarnya, restoran ni banyak cawangan. Antaranya di pusat bandar Machang, Ketereh dan Kota Bharu. Menu utamanya ialah mee. Antaranya mee goreng, mee kuah, mihun, kuey tiow dan ada juga nasi-nasi goreng. Minumannya pun sedap juga. 


Masa ni saya cuba mihun kuah, mee kuah dan kuey tiow kuah. Bila tengok meja sebelah makan mee goreng..ishh teringin pula. Tak pelah lain kali je..

Harganya, memang berpatutan. Cadangan saya, lagi best kalau restorannya buat mee kuningnya sendiri dan demokan depan pengunjung restoran. Betul tak? Ok..Kalau pergi ke Machang, jangan lupa singgah dan cuba ye..


Sumber: Faradean's Experienced

Comments

  1. salam... memang best Mee Kg Pek nih.. tak sabar nak p pulak kesana... insyallah bulan 11 ni kot.. dulu pernah p sana dah sekali.. tengok entry nih...menyelerakan.. kuman Mee Kg Pek Entry

    ReplyDelete
  2. salam..
    ooo ok..mmg nampak sedap ..next time nak rasa plak mee lain..

    ReplyDelete
  3. wah fara , bilalah dapat kesana ya..akak telan air liur ajelah nampaknya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts