Bubur Lambuk Pucuk Midin

Salam, 

Bubur Lambuk Pucuk Midin ni merupakan salah satu makanan yang ringkas dan sedap dari pantai timur. Resepi ni saya belajar dari ibu mertua dan adik-adik ipar yang selalu masak bubur ni. Rasa bubur ni sedap sangat sebab ada campuran ikan dan sejenis ulam yang di namakan Pucuk Midin. Selain Pucuk Midin, ulam lain seperti daun kesum juga boleh ditambah sebagai penyedap rasa. 


Anda pernah tak tengok pucuk midin? Macam mana ghopanye ye? Macam ni lah ..rasanya macam pedas-pedas sikit..ishh tak tahu lah nak terangkan.Bubur ni saya makan bersama-sama bilis goreng, bawang bombay goreng (sebab bawangnya manis) dan dijawakan rasanya dengan sambal cili kicap..hehehe..confirm SEDAP!!

 gambar ini diambil dari fazlisyam.com

Khasiatnya pula..menurut apa yang saya baca di http://fazlisyam.com, "Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam."

Kalau anda pernah lalu di sepanjang jalan dari Shah Alam ke Puncak Alam melalui Sunway Kayangan, Subang Bestari..mesti anda nampak pucuk midin ni tumbuh subur meliar . Tapi saya tak berani pula nak ambil dan petik..hihi
 
Cara nak masaknya pula macam ni..

Bahan-bahan
1 pot beras
4 pot cawan air
4 ekor ikan pelaling/ selayang (dibakar tawar atau direbus) dan diambil isinya
1 1/2 biji bawang bombay ditumbuk
1 1/2 biji bawang bombay digoreng
4 tbsp lada hitam - ditumbuk
1/2 ikat pucuk midin
1/2 ikat daun kesum
1 1/2 tbsp gula
garam secukup rasa
1 mangkuk kecil ikan bilis



Cara-caranya
Buat buburnya dahulu. Iaitu masukkan 1 pot beras dan 4 pot air ke dalam periuk/ caserole. Tambahkan air jika kering...biarkan hingga jadi bubur..
Sambil nak tunggu bubur, kita boleh goreng 1 1/2 biji bawang bombay dan 1 mangkuk ikan bilis. Ketepikan
Kemudian, bakar ikan dan ambil isinya. 
Tumbuk 1 1/2 lagi bawang bombay bersama-sama isi ikan bakar dan lada hitam. 
Bila bubur dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam bubur. Kacau hingga sebati. 
Kemudian, masukkan pula pucuk midin dan daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga mendidih. Kemudian..hidangkan dengan taburan ikan bilis, bawang bombay goreng dan sambal cili kicap. 

Sumber: Faradean's Cooking Recipes dan http://fazlisyam.com

Comments

  1. camtu rupa pucuk midin.. kat kg dulu byk, tapi tak pernah msk dgn bubur lambuk. since dah ade resipi, blh kelana try nanti.. tq 4 kongsi info pucuk midin n resepinya sekali :)

    ReplyDelete
  2. a'a kan..banyak..tapi tak tahu nak guna dlm masakan..sedap memang sedap..cubalah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts