Ada apa di laman rumah saya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sekarang pukul 10.55 malam. Sambil tengok AJL..sebab nak tengok Yuna, Faizal Tahir dan A.P.I. Yuna dengan suara yang begitu mantap dan memang unik..sesuai. Faizal Tahir ..memang sedap betul dia nyanyi..haha..dan A.P.I, salah seorangnya tu namanya Loque yang unik..mengingatkan saya kepada zaman remaja. Masa tu saya memang peminat mati keras Butterfingers! Oklah..macam tak de kait mengaitkan? Tidak mengapalah..saya sedang belajar penulisan kreatif..haha.


Sebenarnya, saya masih lagi bercuti. Rindu nak memasak dan membakar..bukan rumah..kek dan kuih muih. Tapi belum mendapat lampu hijau dari ibu terchenta, beliau mahu saya berehat..kesian saya..huhu..bukan malas masak tau!Ok! Ok! Melalut lagi..sebenarnya saya nak berkongsi tanaman yang saya dan cik abang tanam di rumah. Kalau malas masak sayur, cik abang akan petik pegaga depan rumah. Kalau nak minum teh misai kucing, cik abang akan petik dan keringkan dan rebus...dan saya akan tambah sikit je gula. Kalau nak guna daun limau purut, cik abang petik je kat belakang rumah (macam eksyen je bunyinya). Sebenarnya hasrat besar saya dan cik abang ialah mahu melestarikan alam sekitar dengan menanam sendiri tanaman yang mudah ditanam.


Sebab sayang kepada alam sekitar, saya berkongsi kereta dengan cik abang dan tidak lupa membawa beg membeli belah sendiri setiap kali membeli belah pada hari Sabtu. Kalau difikir-fikirkan memang kita perlu risau dengan keadaan alam sekitar kita yang semakin hari semakin tenat. Saya anak jati Shah Alam memang terasa. Dulu Shah Alam merupakan sebuah bandar yang sunyi dan damai. Tak banyak kereta..tapi sekarang! Tapi memang susah kalau tak pandu kereta sendiri, sebab sistem pengangkutan masih lagi belum benar-benar efisien.

 bunga telang

Pastu, kalau kita tengok pelajar-pelajar IPTA or IPTS masing-masing berkereta...bayangkan kalau semua hanya berjalan kaki atau menggunakan basikal..mesti harmoni je. Tapi saya faham, dengan keadaan cuaca yang amat panas dan tiba-tiba hujan lebat..mana mungkin kita sanggup berjalan 15km ke kampus dengan hanya berjalan kaki. Tu belum fikir pasal keselamatan diri. Oh..ini semua pendapat cik akak yang selalu melihat dan merenungi kesesakan lalu lintas di Seksyen 7 Shah Alam.


 Berbalik kepada cerita tanaman yang ada dirumah saya..ada juga yang kurang menjadi. Contohnya roselle. kalau tumbuh pun kecil saja buahnya. Mungkin panas sangat Shah Alam ni. Kalau misai kucing membiak-biak sampai sukar dikawal (haha)..begitu juga pokok bunga telang. Tanam sebab berangan nak buat sendiri nasi kerabu biru..huh (in my dream!). Seronok sebenarnya..saya nak ikut macam Jamie Oliver atau Hugh Fearnley-Whittingstall yang tanam sendiri sayur-mayur dan pelbagai jenis herba. Harap-harap satu hari nanti saya berjaya melestarikan laman rumah saya dengan menanam sendiri lobak! Haha

  Tahniah Datuk Sharifah Aini..cantik dan elegan sungguh bertudung!

Comments

  1. rajin nya.. tapi btol kn, tnman selain mghijaukn pmdgan, myenangkn ketika nk msk.. petik jer kt dpn or blkg rmh.. btw, baru kenal bunga telang yg birukn nasik kerabu tu..hehe, thxz 4 da pic n info.. nice stori too, enjoy reading it!

    ReplyDelete
  2. kelana> hihi..kdg2 klau rajin ..kemas je pokok2 tu..klau malas..hihi paham2 je la..
    akak tau dr kawan2 kelate..tu yg tanam..lgpun bunganya cantik..ok thank u..hihi

    ReplyDelete
  3. Akak suka roselle tu.. Selalu buat air..

    ReplyDelete
  4. yan> a'a kak..sy suka juga rebus buat air..tak yah pkai pewarna..buat lengkong pun sedap!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts