Cucur Sayur Telur

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari liburan ni buat apa? Duduk di rumah atau pergi berjalan-jalan? Kita mulakan hari ini dengan resepi on the spot..iaitu Cucur Sayur Telur..hihi. Sedap juga rasanya..rasanya bila ada kobis yang digoreng kemudian garing ituu yang buat nikmat dimakan..haha. Oklah jangan buang masa..jemput makan!


Bahan-bahan
1/3 mangkuk lobak merah dipotong mancis*
1/3 mangkuk batang seleri dipotong nipis*
1/3 mangkus kobis dipotong nipis*
6 ulas bawang merah dimayang*
3 ulas bawang putih dimayang*
3 batang cili - dibuang biji dan dimayang*
1 biji telur dikocok*

3 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan air - agak2 pun boleh..
secubit garam dan gula
minyak jagung untuk menggoreng


Cara-caranya
Campurkan semua bahan bertanda *. Kemudian dalam mangkuk lain, buat adunan tepung gandum dan bancuh dengan air dan ditambah dengan garam dan gula. Gaul hingga agak likat. Masukkan bahan bertanda * dan gaulkan hingga sebati.
Panaskan minyak..dan bila dah panas...sudukan ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan. Hidangkan bersama sos pilihan.



Sumber: Faradean

Comments

  1. fara, sedapnya cucur ni...kalau cicah sos cili ni lagi mabeles ni...hehe

    ReplyDelete
  2. nieza> mmg sedap dicicah sos..hihi..
    lagi2 time lapar..tak kisah dah sejuk pun pulunn je..

    ReplyDelete
  3. best ni fara hujan2 makan cucur cicah sos cili + mayo

    ReplyDelete
  4. chik mimi> a'a ..musim hujann mmg sesuai buat cucur..ngan minum mnescafe..sedappp..boleh try nnt mkn ngan mayo..mesti lg best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts