Advertisement

Wednesday, January 19, 2011

Jemput-jemput Ketam Kobis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Selalu sangat copy paste resepi dari dapur Mbak Ayu ni. Tapi saya ambil resepi yang agak mudah la nak buat. Setakat ni belum lagi saya try yang tahap gaban. macam Mbak Ayu ni buat - tak berapa berseni kot tangan haku ni kott...hihi. Maklumlah..kadang-kadang bahannya tak de..Sedap juga buat jemput-jemput yang dicampur dengan nasi ni. Selalu kalau nasi lebih (leftover rice) ni asyik dibuat nasi goreng je..sekarang dah pintar sikit. Kalau tak buat jemput-jemput, saya buat apam..bijak dan ekonomi! Haha..Kak Hana pinjam resepi lagi ye..Meh la join saya makan..sedap tau makan panas2 n dah sejuk pun sedap lg (especially kalau dah lapar!) - cuma saya buat tak mulat2..agaknya ikut tuan punya badan kot..ahahaha


Bahan-bahan
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi + 1 cawan air - blend
  • setengah genggam ikan bilis (optional nak buh or tak sbb dah ada ketam)
  • 1/2 biji bawang besar kuning - hiris (hana blend skali dgn nasi)
  • 1/3 cawan kubis - dadu kecil/hiris halus
  • 5 batang crab stick - potong kecil
  • 1 biji kentang - potong dadu kecil (optional)
  • cili merah - cincang (optional)
  • sedikit air lagi untuk bancuh
  • garam
Cara-cara
  • Blend nasi dan 1 cawan air... Masukkan ke dalam mangkuk dan campur bahan2 lain.
  • Masukkan lagi air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di jemput.
  • Panaskan minyak. Jemputkan adunan sejemput demi sejemput ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
  • Hidangkan dengan sos atau sambal pilihan.
Sumber : hanamemories.blogspot.com

11 comments:

  1. Tak suka makan ketam/ crab stick...tapi minat crab balls...hehehe! :D

    Cucur nampak yummy sekali!!!

    ReplyDelete
  2. woh sodap nye jemput tang garing rangup tu yg best

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya jemput2 ketam kobis niii..
    akak belum lunch..kalau dapat ni pun jadilah sampai kepetang..

    ReplyDelete
  4. sedapnya!..lum pernah bubuh ketam lagi...nanti boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  5. kak..sedapnyaaa tengok cucur tu..huisshh terus lapar perut nie..
    rasa cam nak makan je gambar tu..hehehe...

    ReplyDelete
  6. Love>
    hihi..tak pe boleh tukar ke crab balls..hihi..
    meh la makan skali..

    ReplyDelete
  7. izah> itu pasal hitam2 skit..hihi..sedapkan garing2 ..best gigit2 part yg garing tu!

    ReplyDelete
  8. Ayu>hihi..sedap kak..baru sy tahu kobis ni klau dibuat cucur rasanya tak sama ..lg sedap!

    ReplyDelete
  9. Ayu>hihi..sedap kak..baru sy tahu kobis ni klau dibuat cucur rasanya tak sama ..lg sedap!

    ReplyDelete
  10. Nieza> sedap klau garing2..jemput2 makan!

    ReplyDelete
  11. lyza> hihi..jemput makan..jgn makan monitor tau!! haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails