Daging Hitam Manis
Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Selamat hari Sabtu..hari yang ditunggu-tunggu. Bukan apa, sebab boleh rehat. Tak payah keluar pukul 6.50 pagi dan balik 6.00 petang. Haha..sebab apa..sebab saya kena tunggu cik abang ambil dari tempat kerja dia. Saya masih cuti memandu kereta. Kereta saya manual. Jadi, bila kaki kena tekan clutch tu ..rasa ngeri plak kat bahagian abdomen saya. Maka..saya terpaksa rela tunggulah sampai ke petang. Jadi kalau tak de kelas tambahan atau tak de murid-murid yang nak buat kerja kursus dimakmal saya gunakan masa tu buat kerja-kerja pengurusan, menanda buku-buku latihan dan mereka bentuk apa yang perlu direka dan ditambahbaik (Cheh! macam rajin je bunyinya..LOL!).
Baiklah kawan-kawan. Resepi hari ni sebenarnya variasi daripada resepi asas Daging Masak Kicap. Cuma bahan-bahannya tu kadang-kadang saya ubahsuai dan tambah. Supaya setiap kali masak resepi ni rasanya terevolusi sedikit..haha. Daging yang saya guna ialah daging batang pinang. Saya tak rebus. Sebab nak cepat..dan malas nak basuh periuk..haha!
Bahan-bahan
250g daging batang pinang yang dipotong serong
1 labu bawang holland - dimayang
1 batang cili merah - dihiris
4 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
2 tbsp cili giling
5 tbsp kicap pekat manis
2 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa
1 tbsp gula perang
1 cawan air
minyak masak secukupnya
Cara-caranya
Kisar bahan-bahan bertanda * hingga hancur.
Masukkan minyak masak. Biarkan ianya panas dahulu.
Kemudian, tumis bahan yang sudah dikisar sehingga harum. Masukkan pula cili giling. Tumis hingga masak dan masukkan gula. Kemudian masukkan bawang holland. Biarkan sehingga agak layu dan berkaramel. Masukkan daging. Kacau. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan kicap dan sedikit air .Gaul hingga sebati. Biarkan hingga airnya agak kering dan pekat Tambahkan kicap kalau masih pucat warnanya. Masukkan garam dan cili merah.Hidangkan..sedap dimakan dengan nasi beras siam yang panas!
Sumber: Faradean's Cooking Recipes
mmg la best daging masak cam ni.daging pinang lak..lembut gituu kan
ReplyDeleteizah> a;ah..terpaksa la g pasar pagi2 skit..klau tak dapat batang lain plak...kiki
ReplyDelete