Advertisement

Tuesday, January 18, 2011

Ikan Keli Gulai Darat Dengan Daun Kesum

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Ini masakan kegemaran cik abang dan ini air tangan beliau juga. Saya ..hihi..kalau ikan keli saya surrender dulu. Ntahlah..takut! Tapi saya tengok, cik abang makan ni bukan main laju..maklumlah lauk dia sorang..kita makan lauk lain..sebab tak makan ikan keli..ntah bila nak belajar suka ikan ni..hihi..


Bahan-bahan
3 ekor ikan keli - dibasuh dengan asam jawa
500ml santan
7 tangkai cili kering*
7 biji bawang merah*
2cm kunyit*
2cm lengkuas*
1 tangkai daun kesum
1 sudu besar serbuk kari
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa - saya guna garam kasar




Cara-cara
Kisar bahan bertanda * dengan sedikit santan.
Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar. Masak di atas api perlahan
Masukkan asam gelugor dan garam secukup rasa.
Biarka mendidih dan kemudian masukkan ikan.
Apabila mendidih lagi masukkan daun kesum.
Biarkan seketika sebelum diangkat.

Sumber: Kompilasi Masakan Ikan Sungai

7 comments:

  1. farah,ikan keli masak camgini sedap tu..hish hish..hish...kalau goreng garing garing pun sedap..meh bagi akak rasa..akak suka ikan keli ...sodappp!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya!...my fav ikan keli ni...adehhh terliur ler nengoknya..singgah lunch kat sini jer lah...hehe

    ReplyDelete
  3. kakAsma> hihi...a'a klau goreng garing dgn sambal kan kak.mmg nampak sedapppp sgt..tp tu la ...sy tgk je la..haha

    ReplyDelete
  4. Nieza> hihi..meh la makan kat sini..mkn ramai2 lg sedap!

    ReplyDelete
  5. Salam fara. Alaaa.... meleleh ayaq lioq dah ni (serious tau)... isyk, nak beli ikn keli lah weekend ni....hehe

    ReplyDelete
  6. HomeKreation> salam along..hihi..meh la kak..mkn sekali..hsbnd yg rajinng gar mkn ikan keli ni..klau goring dgn sambal..mcm sedap je kan??

    ReplyDelete
  7. HomeKreation> salam along..hihi..meh la kak..mkn sekali..hsbnd yg rajinng gar mkn ikan keli ni..klau goring dgn sambal..mcm sedap je kan??

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails