Advertisement

Thursday, January 6, 2011

Cupcakes Delectable by Su Yang Sungguh Comel!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kembali bersiaran. Lama benar tak update dan tidak menjenguk geng-geng blogger. Huhu..Insyaallah saya akan singgah nanti. Maklumlah sekolah baharu dibuka. Agak sibuk dengan kerja-kerja wajib. Tapi saya masih lagi bercuti untuk buat kerja-kerja surirumah sehingga ...emm..harap-harap tak sampailah sebulan..haha. Terima kasih kat Cik Abe Caye, sebab tugas-tugas memasak terpaksa dilakukan olehnya. Hihi..Insyaallah entri akan datang saya akan paparkan menu masakan air tangan Cik Abe.. Hihi. 


Hari ni saya nak cerita pasal Delectable by Su..Kak Noorallah yang kenalkan saya dengan kedai ni. Kalau pernah singgah ke kedai keknya yang terletak di Gardens Mid Valley..tengokkan kek-kek dan cupcakesnya cantik-cantik dan comel-comel. Geram dibuatnya. Kreatif dan teliti betul tuan empunya yang mesra dipanggil Su ni. Saya suka cuci mata tengok kat galerinya.

 cantik..
Kalau tengok design-design kek dan cupcakes di sini memang sangat berseni, teliti, kemas dan bersih. Kebanyakkan rekaannya diinspirasikan berdasarkan senibina arkitektur, fesyen, muzik dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Su, bolehlah ke laman webnya http://delectable.com.my/.


 bilalah nak pandai buat design macam ni..huhu


5 comments:

  1. selalu pergi Gardens Mid Valley tapi tak perasan plk kedai cup cake ni... tapi mmg comel2 klu ita beli ni mst tak sanggup nak makan sayangggg!!! silap2 frame kan wakaka

    ReplyDelete
  2. Azlita aziz>
    oo kdainya kat robinsons..coach n LV..
    mmg sayangggg nk mkn..
    1 hari mkn 1..haha..

    ReplyDelete
  3. kak yon> hihi..memang sayang sangat! sebab tu ambik gambonya..

    ReplyDelete
  4. try out kek kelmarin, banyak lazat. nak kunjung lagi dengan kwn yang ada worthy book voucher(jimat duit dgn discount)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails