Advertisement

Sunday, January 2, 2011

Mini Sardine Puff

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Kembali bersiaran selepas bercuti. Tapi kejap je ni..rasanya tak sempat nak jalan-jalan dapur kawan-kawan. Insyaallah, saya akan cuba singgah nanti. Baiklah, kali ini saya nak kongsikan resepi Mini Sardine Puff. Senang je..bentuknya pun comel dan sekali ngap je..haha..kalau selalu kita bahagi kepada 2 bahagian. Untuk kali ni saya nak buat banyak-banyak..jadi, saya bahagikan kepada 4 bahagian dan coraknya saya cuma kelarkan pastri tu. Ok kawan-kawan..selamat mencuba!

 
Bahan-bahan untuk sardin
1 tin ikan sardin kecil - buangkan sos yg dalam tin
2 sudu besar cili giling
4 biji bawang merah- dimayang
4 biji bawang putih- dimayang
gula dan garam secukupnya
1 sudu besar perahan jus lemon atau limau kasturi
Minyak zaitun - nak guna minyak lain pun boleh..


Cara-caranya
Panaskan minyak...tumis bawang merah, putih hingga harum.
Masukkan cili giling..tumiskan hingga cili masak..masukkan gula..gaulkan hingga sebati
Kemudian, masukkan ikan sardin tanpa sos dalam tin ..hancurkan dan gaulkan dengan sebati.
Masukkan perahan jus lemon. Dan perasakan dengan gula dan garam. Bila dah masak..angkat.

 
Bahan untuk pastri
Bahan Lain: yang ini saya follow CMG punya steps, tapi saya potong jadi 4 bahagian
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus- saya spice millkan je dan saya taburkan parsley flakes atasnya
Sos pilihan (optional)  

 
UNTUK PUFF SARDINE KELAR-KELAR :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat KELARAN seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...

CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

Sumber: Sambal sardin - Faradean Cooking Recipes
            : Pastri - Cik Mat Gebu


7 comments:

  1. comey2 puff mu geram aku mcm nk telan skrin! haha... slamat taun baru makcik fara! Moga sukses selaluuu

    ReplyDelete
  2. alalalala fara nape tak antar sikit puff tu,happie new yr

    ReplyDelete
  3. ˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* Feliz *★* 。*˛.
    ˛°_██_*.。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* Año 2011 *★ 。*
    ˛. (´• ̮•)*.。*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____. ♥ ˛* ˛*
    .°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
    ... Happy New Year 2011
    Hi , It is the first visit to your blog and I love your recipes, I invite you to visit mine.
    Greetings MARIMI

    ReplyDelete
  4. hana> jgn telan skrin kak..nnt tersangkut kat tekak..haha..selamat taun baru..sama2lah kak..semoga akk pun sukses slalu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. chik mimi> hihi ..senang nak mkn..n dpt lah dlm 20 biji..hahah..ekonomi..selamat thn baru kak..

    ReplyDelete
  7. garlutti> happy new year! thanks 4 dropping by here..hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails