Kisah Monthong Durian Chips dan Roti Canai Uncle K

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Lama tak bersiaran sebab sibuk. Ditambah pula dengan masalah line Internet yang tak berapa best! Nak blogwalking pun tak sempat. Cik abang kata kat hotel yang dia dok kat Bangkok..wi-finya laju macam bullet train..kalau download youtube tak payah tunggu dia mem'buffer.'.dan-dan tu juga boleh play video tu..wuishh!! Bestnya!!!

Ini kerepek durian yang sedap!

Pagi Sabtu ni saya memulakan hari yang indah dengan menghadiri seminar..huhu.. :P. Kemudian, tengahari balik rumah dan berehat sebentar sambil menikmati Milo panas dan Biskut Jacobs dan Monthong Durian Chips..sedap..apsal kat Malaysia tak buat chip macam ni ye..kan kita banyak durian. Chips atau kerepek durian ni memang sedaplah. Makan sampai tak hinggat!!

 
Kemudian lepas Zohor saya bersiap-siap menghadiri majlis perkahwinan sepupu cik abang iaitu Dr Faiza dan Dr Fikri di Seksyen 7, Shah Alam. Selamat Pengantinn Baru! Aktiviti seterusnya ialah singgah di Karnival Karangkraf. Seronok juga dapat membeli-belah buku-buku dan majalah-majalah kegemaran dengan potongan harga yang berpatutan. 


Lepas tu..saya pergi pula ke SACC Mall. Singgah makan di restoran kegemaran iaitu Uncle K. Saya suka makan roti canai manakala cik abang suka makan roti pisang..oh gembiraaanya!! 

Comments

  1. fara, memang sedap durian chip tu akak pernah mkn masa kat bangkok jer dulu..kat msia lum jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. nieza> mmg kak..
    ni pun makan sikit2 je..takut habis cepat..
    lenkali kena beli bnyk2 skit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts