Ikan Ungkep Nenek


Salam,

Pengaruh masakan Jawa memang menebal betul dalam diri saya ni..antaranya ialah masak ungkep. Ungkep ni kalau tak silap maksudnya ditutup dengan sesuatu..kalau salah tolong betulkan. Arwah nenek dan datuk memang berasal dari tanah Jawa dan kemudian berhijrah ke Malaysia.

Antara makanan favourite saya ialah..Ungkep..nenek dan mak yang ajar macamana nak masak resepi ni..masa menumis tu memang baunya harum semerbak.. Cuma saya ni guna serbuk..kalau ikut resepi asal pakai yang biji-biji tu..oklah..ini cara yang nenek turunkan..

Bahan-bahan  
  • 5 ekor ikan pelaling (kembung kecil)
  • 10 batang cili padi hijau
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai dititik
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar biji jintan manis
  • 1 sudu besar biji jintan putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ sudu garam kasar
Gula secukup rasa
  • Minyak
  • 2 oz air
Cara-caranya:
Goreng dulu ikan sampai garing. Kemudian angkat.  
Tumbuk cili padi, bawang merah dan putih, ketumbar, jintan manis, jintan putih, kunyit hidup dan garam kasar. Kemudian tumis dan masukkan sehingga naik bau dam masukkan gula dan air. Gaul. Selepas itu masukkan ikan dan gaul seketika. Tutup kuali dalam 2 minit. Gaul semula dan angkat.

Malam tu saya makan dengan telur ceplok lada hitam dan kacang buncis tumis. 
Sumber : Arwah Nenek & Mak

Comments

Popular Posts