Advertisement

Tuesday, June 15, 2010

Mari Kita Makan-Makan

Salam,

Saje nak share tempat makan dan menu yang sedap yang penah Fara rasa..  

ni dekat restoran Amy Search.. saya bagi 4*... tom yam memang sedap..n chinese menu pun ok..ada rasalah..
yang ni pulak kat resepi rahsia.. sebab time p sarawak dulu tak berkesempatan nak makan laksa sarawak tu yang try makan kat sini.. yang atas laksa tu salmon poach kot.. tak ingat.. 4*


murtabak ni atas udara..hehe..rasanya memang sedap.. bilalah nak makan lagi murtabak macam ni ye..ranggup dan intinya sedap sangat..4*

yang ni pulak, nasi kerabu ayam bakar n daging bakar..rasanya WALLLAA! sedapp.. nama restoran dah lupa.. tapi kalau dari Kota Bharu dia belah kiri ..tepi jalan menghala ke Pasir Puteh.. Harganya boleh tahan.. 4*


ini ialah sate dari Sabah, yang bestnya siap bagi ketupat daun lagi.. rasanya agak berempah.. 4*


nampak macam biasa je kan..tapi rasanya SEDAPP.. lebih2 lagi kalau dimakan dengan sambal .. kalau p naik Gunung Kinabalu bolehlah cuba makan mihun sup dia.. air teh tarik dia pun KAWW!


roti canai ni pun sedap juga.. rasa macam susah je nak cari roti canai crispy macam ni kat semenanjung.. heheh.. 4* juga.
dan yang akhir sekali untuk dikongsikan bersama ialah otak-otak yang saya makan di Anjung Warisan Johor Bahru..new pattern kot..4*

1 comment:

Related Posts with Thumbnails