Puding Roti Walnut dan Kuah Kastard

Salam, 

Semalam seperti biasa kami buat potluck, sempena nak berpuasa beramai-ramai.. jadi macam biasa saya buatlah puding roti sebab ringkas dan cepat. Rupanya semalam  kak Rose pun buat gak puding roti dan ice cream.Resepi ni saya buat melalui observation..dan macam-macam versi saya buat ikut bahan yang ada..mungkin cara saya sama dengan orang lain juga..



Bahan-bahan Puding
  • 10 keping roti gardenia
  • 500 ml susu segar
  • 1 cawan kismis
  • 50 g walnut
  • 3 sudu gula putih
  • 2 sudu gula perang
  • 1 tsp esen vanilla
  • secubit garam
  • secubit ground cinnamon
  • 1 sudu mentega/ margerin  
Bahan-bahan kuah kastard:
1 tin susu sejat
1sk esen vanilla
1/2 cawan gula
1 sk tepung kastard




Cara-cara
Mula-mula saya akan buat kuah untuk roti ni, iaitu masukkan susu ideal, gula putih , tepung kastard dan esen vanila dan masakkan dengan api yang sederhana. Bila dah masak, tunggu sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. 
Panaskan oven pada suhu 150*C selama 10 minit.
Rendam 10 keping roti gardenia dengan 500 ml susu segar. Hancurkan roti bersama dengan susu segar. Rendam selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Kemudian, campurkan garam, gula, cinnamon, kismis, walnut dan susu segar yang bersama dengan 2 senduk susu ideal yang dimasak tadi. Gaul sehingga sekata. 
Masukkan ke dalam acuan pembakar yang telah digris dengan mentega/ margerin. Taburkan kismis dan gula perang di atas adunan tadi. Bakar selama 30 minit.

Bila nak makan, sudukan kuah susu tu di atas puding. Kadang-kadang saya masak kuah bersama dengan buah-buahan koktel.
Kismis kalau nak lagi gebu atau bulat2, rendam dulu dalam air teh semalaman. Baru cunn!

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Comments

Popular Posts