Advertisement

Friday, June 25, 2010

Beef Angel Hair Spaghetti with Currygano

Salam,

Suka makan pasta? Ini merupakan makanan paling ringkas dan berkhasiat. Saya suka menggunakan Angel Hair sebab ianya lebih halus dan tidak cepat muak. Resepi kali ini saya gabungkan menu barat dan Asia - Fusion Cuisine. Menurun dengan hobi ayah yang suka bereksperimen dengan resepi dan sebab itulah saya letak daun kari untuk sedikit kelainan. 



Bahan-bahan
  • 150g daging lembu batang pinang yang dihiris sederhana tebal
  • 1 biji bawang holland didadu
  • 3 ulas bawang putih didadu
  • 1 sudu cili giling
  • 10 sudu pes tomato
  • 50g lobak merah dihiris
  • 1/4 tsp oregano
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 2 sudu daun parsley
  • 4 sudu minyak zaitun

San Remo Angel Hair Spaghetti (ikut kehendak)
Air
Sedikit garam
2 sudu minyak zaitun


 Cara-cara
Masukkan minyak zaitun dan apabila sudah panas masukkan daging. Goreng daging selama 3 minit. Angkat daging dan ketepikan.
Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga baunya harum. Kemudian, masukan cili giling. Tumis cili giling hingga masak. Dan masukkan gula.
Selepas itu, masukkan lobak merah dan daging. Kacau hingga rata. Lepas itu, masukkan pula pes tomato dengan gula. Tumis sehingga masak. Sambil tu, masukkan oregano, daun parsley dan daun kari. Bila sudah masak bolehlah dituang di atas angel hair spaghetti.

Untuk spaghetti
Masak air hingga mendidih. Lepas tu, masukkan angel hair spaghetti dan garam. Biarkan ia masak. Selepas 3 minit, potong sikit spaghetti dan campakkan di atas jubin dapur. Bila ianya melekat maksudnya dah masak. Bila dah masak, toskan airnya. Titiskan minyak zaitun supaya tidak melekat.

Sumber : Faradean's Cooking Recipes

2 comments:

  1. oo ayah suka masak jugak eh..anak beranak la ye..namapk sedap tu..tak pernah cube angel hair..nak try ;la one day

    ReplyDelete
  2. Salam izah,
    mmg sejak ayah pencen mmg suka masak..tapi ayah punya masakan macam org jepun masak..ehhe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails