Advertisement

Tuesday, February 1, 2011

Ayam Goreng Tomyam

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Suka makan tomyam? Saya suka. Cuma kadang-kadang rasanya tak sehebat orang Siam buat. Mungkin pes yang saya gunakan kurang rasanya. Ok..untuk kali ini, resepi yang saya nak kongsikan ni saya masak kelmarin punya kelmarin. Tapi tak sempat nak post..gambar masih dalam kamera..tu yang payah sikit. Jadi hari ni cuti..maka sempatlah saya memuatnaikkan gambarnya di sini. Ohh..selamat bercuti!!


Pes tomyam yang saya gunakan jenama Usman. Cik abang beli di sana. Suka hati betul saya dapat pes ni. Baunya memang harum semerbak. Oh ya..Usman ni tuan punya restoran muslim Usman Tomyam yang terkenal di kota Bangkok. Di sana sukar juga nak cari makanan halal..tapi alhamdulillah..kalau nak rasa tomyam authenthic Thai Cuisine..singgahlah makan di sini. 


Ok jangan buang masa..jemput makan ye..

Bahan-bahan
1 sudu besar pes tomyam Usman - guna jenama lain pun ok
6 ketul ayam - dibersihkan dengan air beras - kemudian dilumur serbuk kunyit dan sedikit garam
1/2 labu bawang holland - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2-3 helai daun limau purut
secubit garam dan gula
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya
Gorengkan ayam hingga masak.
Kemudian kurangkan minyak goreng ayam.
Kita gunakan minyak yang sama untuk menumis. 
Masukkan bawang holland, merah dan putih. Tumis hingga harum. 
Kemudian masukkan pes tomyam..tumis hingga naik minyak.
Masukkan garam dan gula. Masukkan ayam. Gaulkan hingga sekata.
Masukkan daun limau purut..goreng hingga daun agak garing. 
Hidangkan

Sumber: Faradean

4 comments:

  1. wah sedap ni fara akak nk seketoi...hehe

    ReplyDelete
  2. salam fara,
    sedapnyer kalau makan dgn nasi panas2 kan??

    ReplyDelete
  3. Nieza> hihi..jemputlah rsa kak..jgn malu2 nak masuk k dapur sy ni..buat mcm umah sndiri..hihi..

    ReplyDelete
  4. Azlita> salam..
    betul 3x!! sy mkn ni dgn nasi n ulam je..ada rsa manis2 d hujung kunyahab skit pes ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails