Cengkodok Pisang Lestari dan Lang dan Salam Maulidur Rasul1432H
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..
Dah minum petang..petang ni cuma sempat buat cengkodok. Alhamdulillah dapat balik awal sikit dan tak delah bertembung dengan kesesakkan lalu lintas. Pisang yang kat rumah ni memang agak berkurun. Saya cuma suka makan pisang berangan. Kalau selain dari tu tak berapa nak makan..kecuali kalau dibuat cengkodok. Cuma kali ni saya campurkan dua jenis pisang. Pastu kalau goreng mesti nak sampai hitam..haha..orang kata hitam-hitam si tampuk manis..(betul ke?).
Pisang lang ni nama standard dia tak tahu..tapi mak kata arwah nenek suka buat kerepek pisang..arwah dulu pengusaha kerepek dan bahulu kecil-kecilan. Sekarangnya susah nak dapat pisang ni..sebab kampung mak banyak ketek - dalam bahasa jawa..dalam melayunya kera..haha..
Ooo..Selamat menyambut Maulid Rasul 1342H. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Junjungan Besar Rasullullah SAW.
"Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat." - dipinjam dari http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm
Bahan-bahan
5-6 biji pisang lestari
1 biji pisang lang
2-3 cawan tepung gandum
6 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
Masukkan semua bahan kecuali minyak. Kacau dan sebatikan. Panaskan minyak. Jemput-jemputkan atau sudu-sudukan adunan ke dalam kuali. Goreng hingga agak hitam..jangan hangus pula!
I like cekodoks...so am gonna tapau more now! :D
ReplyDeleteAbt the jap mayo bottle, mmg tak pernah jumpa kat mana2 selain Daiso tu. Payah tul nak cari dia kan...hehe ;)
fara, apa khabar? sorry lately ni bz skit...btw sedap nengok cekodok ni....yg hitam garing2 tu yg sedap tu..nk tapaula skit..hehe salam maulidur rasul juga dr saya:)
ReplyDeleteKat rumah ni nama nya cekodok pakcik ismail. Hehehe feveret abg long.
ReplyDeleteLove> Hihi..nah ambik la setupperware..hihi
ReplyDeleteNieza> salam khabar baik2 je..hihi..patut lama tak muncul..hihi..tak pe sy pun ikut dan je..
ReplyDeletemeh la amik setupperware..haha..hitam tu manis walau burukss rupanya..haha
kak sam> ooo ..haha..ada juga nama cm tu ..haha..feveret !!
ReplyDelete