Advertisement

Saturday, February 19, 2011

Garlic Bok Choy dan Ikan Bakar Tawar

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hihi..apsal saya gelak ek? Sebab hari ni ada Road Run kat sekolah. Patutnya huhu kan? Apa-apa je la..Lama betul tak update blog. Ada resepi tertunda-tunda. Apalah sibuk sangat minggu ni..ke saya yang tak pandai manage masa..emm..dah makan tengahari? Resepi paling cepat dan segera..sayur tu saya masaklah..Sayur ni..semua orang tahu buat kan?? Selalunya nampak je sayur tu macam sama ..tapi saya suka pelbagaikan kaedah memasaknya. kali ni tak guna minyak. 



Dan ikan bakar tu Cik Abang yang buat..ikut resepi dia..hihi. Alhamdulillah dapat ikan kembung yang masih segar. Jadi rasanya manis-manis gitu..tapi nama resepinya Ikan Bakar Tawar sebab tak boh apa-apa..basuh dan bakar terus...lagi sedap dibakar dengan daun pisang! Makan nasi seperiuk pun tak perasan! Oklah jemput makan!

Sedap dicicah sambal cili kicap
Resepi Garlic Bok Choy

Bahan-bahan
3 ikat sayur Bok Choy - direndam dengan garam dan dibilas bersih. 
10 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar sos tiram


Cara-caranya
Panaskan seketika kuali. Masukkan sayur ke dalam kuali. Biarkan seketika. Masukkan bawang putih dan gaulkan rata. Kemudian baru masukkan sos tiram. Gaul hingga sebati.

Resepi Ikan Bakar Tawar

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembong - disiang dan dibersihkan
2 sudu minyak zaitun

Mak pesan..kalau suami masak jangan komplen..senyumm je..terima kasih cik abang!!
Cara-caranya
Panaskan grill pan. Titiskan minyak zaitun.
Letak ikan kembong. Biarkan hingga masak. Terbalikkan supaya kedua-dua belah ikan masak dibakar. Hidangkan / sedap dicicah sambal cili kicap atau kuah asam.

Sumber: Faradean

6 comments:

  1. Waima ikan goreng, nampak sedap gilos... Jeles I tau!

    ReplyDelete
  2. Alahai!! ikan tuu.. terliur tgk ler fara...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pun masak sayur tu. Nak try le sebab nampak cam senang sgt. Ambik resepi yea.

    ReplyDelete
  4. Madam Sooyaree> hihi..meh la makan sekali..jgn segan2..

    ReplyDelete
  5. diana> nampak je burukkan..tapi rasanya manis..agaknya klau dok tepi pntai mesti best dpt mkn ikn fresh tiap2 hari

    ReplyDelete
  6. kak sam> mmg senang sngat kak..sy campak2 je..siap!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails