Keladi Goreng dan Sambal Tumis Hijau
Assalammualaikum dan Salam sejahtera
Selamat hari Sabtu semua. Tengah buat apa tu? Rasanya dah dua hari tak dapat update blog. Macam tak ada masa nak menyelit-nyelit..haha..hari ni lepas buat sarapan..rasanya ada masa sebelum memulakan aktiviti masak untuk tengahari. Oklah, pagi ni saya sarapan ringkas je..iaitu Keladi Goreng yang dicicah dengan Sambal Tumis Hijau- sambal kegemaran saya. Cuma untuk kali ini saya blend saja. Tak sempat nak menumbuk menggunakan lesung. Sebenarnya lagi sedap kalau ditumbuk!
Takpelah..asal baunya dan rasanya sama. Keladi ni mak yang bagi..sekarang macam susah je nak cari keladi. Kalau arwah datuk ada..confirm tiap-tiap minggu dapat makan pelbagai jenis ubi (ubi kayu, keledek dan keladi). Keladi ni cuma disalut dengan bancuhan tepung gandum..dan harum mewangi pula tu baunya..padahal saya tak letak pun pewangi..haha..agaknya tindakan bendalir yang keluar dari keladi bila dicampur tepung dan digoreng buatkan keladi goreng saya ni harum mewangi. Oklah jemputlah makan..
Bahan-bahan untuk keladi goreng
1 biji keladi - dibuang kulit, dipotong dan keladi itu direndam dahulu dalam 1/2 jam..cuci dan toskan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air - ikut selera masing-masing..asal tepung tu jangan cair sangat
2 tsp garam
1 tsp serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Bancuh tepung gandum dengan air. Kacau dan gaulkan tepung itu sehingga larut dengan air. Agak-agak bila masukkan air..jangan sampai bancuhan tu cair sangat.
Kemudian masukkan garam dan kunyit. Gaul hingga sekata. Masukkan keladi yang telah dibasuhkan dan ditoskan. Gaul dengan bancuhan tepung dan pastikan keladi tu tersalut dengan bancuhan tepung tadi.
Panaskan minyak..goreng keladi hingga garing dan rangup!
Bahan-bahan untuk Sambal Tumis Hijau
segenggam biji cili padi (lombok rawit)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
1 tsp garam kasar
2 tsp gula
1 dash Ajinomoto
Minyak
Cara-cara
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam kasar hingga lumat. (Gunakan lesung batu). Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah lumat ke dalam kuali. Tumis hingga bau harum. Tambahkan gula dan ajinomoto. Bila dah agak sebati dan rasanya OK, angkat dan bolehlah dihidang.
Sumber: Faradean
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSalam kenal. Tadi nampak kat umah izah terus follow sampai sini. Saya ni baru nak belajo masak. Jadi minta izin ye cnp resepi pd masa akan datang. Tq.
Kak Sam> Waalaikumussalam..salam kenal juga..terima kasih singgah..sama la kita baru belajo2 masak..hihi..cnp lah..halal!!
ReplyDelete