Advertisement

Tuesday, February 22, 2011

Mee Hokkien

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Bersiaran kembali. Apa khabar semua? Emm macam tak de idea je nak tulis. Mee ni sedap juga ..sebab ada udang. Cuma udang saya tak cukup pulak. Cukup-cukup untuk dibuat kuah. Oklah tanpa membuang masa saya kongsikan resepi yang saya pinjam dari Kak Hana. Kak ampun ye..asyik pinjam je resepi akak. Terima kasih ye kak..


source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *15 tangkai lada kering
  • *5 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih - bahan * blend
  • 1 mangkuk udang
  • mee kuning
  • bihun - xde stok, ltk mee kuning je
  • telur rebus
  • hirisan daging rebus
  • kangkung celur - hana xde ganti sawi je
  • taugeh
  • fishcake
  • bawang goreng
  • garam dan gula
  • air secukupnya

Cara-cara
  • Rebus udang. Kemudian kopek kulit dan juga buang kepala. Asingkan isinya. Blend kulit dan juga kepala udang hingga hancur kemudian tapis. Simpan sebentar stok udang.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak. Masukkan garam dan juga gula sedikit. Ambil sesenduk kecil utk utk tumiskan dengan isi udang.
  • Masukkan air rebusan/stok udang tadi.(boleh masukkan air rebusan daging juga) dan masukkan lagi sedikit air. jgn byk sgt air nanti kurang rasa. didihkan.
  • Cara hidangan, letakkan mee kuning, bihun ke dalam mangkuk. Letak udang, kangkung, taugeh, fishcake dan telur. Curahkan kuah ke atasnya. Taburkan dengan bawang goreng.
  • Sedia untuk dinikmati.

16 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Nampak sangat sedap. Bila le dapat merasa ni.

    ReplyDelete
  2. kak sam> waalaimussalam kak..mmg sedap lg2 klu ada udg besarr

    ReplyDelete
  3. Ting Tonggggg...I'm here!!! Please share some noodles with me! I'm so hungry..hehe! ;)

    Hru doing dear?

    ReplyDelete
  4. salam fara....
    mee ado laie takkk?? semangkok jd lerr... hihiHi
    psttt... lupa nk bli before hubby g keio...

    ReplyDelete
  5. Love> Coming!! hihi..nah ambik la semangkuk..I;m just fine..oo cik abg dah balik ee..hihi

    ReplyDelete
  6. hana> salam kak..
    ado kak ..ee kakk mmg berbaloii la try mee ni smlm..kenyang ..sedap n ekonomi..

    ReplyDelete
  7. fara, nk order semangkuk...terliur dah ni..sedapnya sukalah semua jenis mee suka..hehe

    ReplyDelete
  8. Assalam fara,
    akak memang suka apa jenis mee pun tak kira dimasak macam mana..bak sini buatkan akak semangkuk besar ..nak kuah lebih ya..

    ReplyDelete
  9. Assalam fara ,akak suke hokkien mee tp nak mengumpul kulit udgnya tu ler malas, apa2 sedap nmpk mee fara

    ReplyDelete
  10. salam fara... wah hokkien mee...sedap tu... utamanya bab kuah nya tu... terliur tgk..

    ReplyDelete
  11. akak kalau makan mee..suka yg jenis berkuah. mee farah ni sesuai ngan selera akak.nmpk sedap.boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
  12. nieza> hihi..ye puan nak order brape mgkuk? ok SIAPP!!

    ReplyDelete
  13. ayu> hihi..ye kak..mee ni sy guna cap ibu..tak rasa kapur sgt..nah kak..jemputlah mkn..

    ReplyDelete
  14. chik mimi> wslam kak..hihi..ye ke? sy rebus skjap pastu tapis..lenkali nk try guna daging plak..

    ReplyDelete
  15. diana> hihi..suka mghirup kuah tu..makan ngan sauyr2 pun dh cukup

    ReplyDelete
  16. kak yon> oo..ye kak..boleh hirup2 ye...cubalah kak..sedap!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails