Tom Yam Udang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tomyam ni macam-macam versi dan resepi. Kali ni guna pes Usman Tomyam. rasanya ada rasa macam ada kacang tanah la..dan lain sikit. Masa memasak tu, cik abang siap pesan..jangan guna banyak-banyak. Sebab susah nanti nak cari..haha..Oklah jemput makan ye..


Bahan-bahan
12 ekor udang - dibersihkan dan ditoskan
2 sudu besar pes Usman Tomyam
1/2 inci lengkuas - diketuk
5 biji cili padi - diketuk
5 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang Holland- dimayang
3 batang serai - diketuk
2 kelopak besar kobis bunga - dipotong nipis-nipis
3 batang seleri - dipotong nipis-nipis
3 biji tomato
5 helai daun limau purut
1 biji limau nipis - diperah jusnya
3 sudu besar susu sejat
1 sudu besar sos ikan
gula secukup rasa
2 liter air


Cara-caranya
Rebus dulu udang dengan air untuk menerbitkan rasa manis udang. 
Kemudian, masukkan bawang Holland, bawang putih, cili padi, serai, lengkuas. Biarkan hingga mendidih. Masukkan pula pes tomyam. Gaul sebati. Masukkan pula batang seleri, kobis bunga dan daun limau purut. 
Selepas itu, masukkan sos ikan, gula dan susu sejat. Biarkan mendidih lagi. Perahkan jus limau nipis. Kacau..dan hidangkan.


Sumber: Faradean

Comments

  1. Assalam fara,
    wah ini mesti pes tom yam yang susah dapat..sebab cik abe cakap jgn guna banyak2 nanti nak gunakan lagi dah habis ya..heheh..
    mesti sedap ni ..

    ReplyDelete
  2. as salam fara
    sedapnya akak tgk tom yam..mesti sedap ni..kat mana nak dpt pes tu ya.?

    ReplyDelete
  3. ayu> wslm kak..
    a'a..masa cik abe g business trip kat bangkok hari tu..geli hati juga bila dia warning saya mcm tu..haha..sedaplah kak ..baunya pun harum..

    ReplyDelete
  4. anymz> wslm kak..klau tahan pedas lagi sedap!! kat sini tak tahulah nak cari kat mana..yg ni asben bli kat bangkok hr tu..dah pesan kat dia lenkali beli bnyk2 skit..hihi..muslim punya ni kak

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Pernah juga buat tomyam tapi tak capai standard yang ditetapkan. Terus tak mau buat dah. Kira merajuk le tu. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Mesti abang Usman kembang hidung... pes nya dihargai begitu sekali!

    ReplyDelete
  7. Tomyam sedaaappp!! memang diana suka sgt makan tomyam...

    ReplyDelete
  8. eh ada letak susu sejat ni mengancam ni..nampak mcm pure kat gerai ke restoren ke rupa tomyam ni..leh cuba..alaaa tapi mana leh makan udang..huuhh..sedih dan berlalu..

    ReplyDelete
  9. kak sam> waalaikumussalam..
    betul tu..guna pes ni baru rsa mcm makan kat thai restaurant..hihi..jgn merajuk kak..mana tau kot2 lebih sedap dr jual kat kdai

    ReplyDelete
  10. madam sooyaree> hahaha..nasib tak nampak..klau tak mesti lobang hidungnya menjadi poojaan hatiku..haha

    ReplyDelete
  11. Diana> rsa masam2 n pedas..sesuaii d mkn ngan telur dadar ..

    ReplyDelete
  12. izah> a'a..lupa nak boh ..haha..sbb dah tak tahan lapar..baca2 balik kat botol dia br perasan..thnk u nnt bole try lg

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts