Advertisement

Sunday, February 20, 2011

Banana Walnut Cake

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat berhujung minggu. Penatnya baru balik pasar. Tapi nak singgah sekejap update blog. Cik abang dah pesan sejam je tau!! Hahahhaap...Nampaknya tak sempat nak jenguk dapur kawan-kawan sambil menghayati kesedapan menu yang disediakan..huhu. Resepi ni kes nak abiskan pisang Lang tu cepat-cepat. Sebenarnya kek ni dah habis pun dimakan. Satu hari masa saya skodeng rumah Madam Sooyaree..nampak dia buat kek pisang. Maka saya pun cari-carilah resepi. Oh.. saya masih ada lagi 455+160 resepi kek dan pencuci mulut yang masih belum dicuba..hahha...itulah agaknya Cik Abang kadang-kadang perli saya...beli je buku resepi bukan main...tapi kalau buat kek..balik-balik kek yang sama..hihihi.


Bahan-bahan
2 biji pisang
2 biji telur
175 ml minyak sayuran
3 sudu besar susu segar
300g gula perang - boleh kurangkan kalau tak nak manis
150g tepung naik sendiri
1 sudu kecil gula cinnamon
1/2 cawan walnut - dicincang 



Cara-caranya
Panaskan oven dengan suhu 150*. lengserkan loaf tin dengan mentega atau minyak dan lapikkan dengan kertas serap minyak.
Lenyekkan pisang hingga penyek..dalam mangkuk besar. dan campurkan dengan walnut. Pukul telur dalam bekas lain hingga kembang. Masukkan minyak sayuran dan susu segar. Masuk pula gula perang. Gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam pisang yang sudah dilenyekkan. Kacau hingga sebati. Ayak tepung bersama dengan cinnamon sugar tadi dan kaupkan adunan. Masukkan kedalam loaf tin, taburkan sedikit walnut di atas adunan dan bakar selama 40-50 minit atau bila the skewer inserted in the centre comes out clean. Biarkan sejuk dahulu selama satu jam sebelum dihidangkan.


Sumber: 500 Cakes by Susannah Blake

10 comments:

  1. alahai..sedapnya
    meleleh air liur nih:)

    ReplyDelete
  2. bestnya fara hubby akak pun dah print rcp kek pisang tak terbuat2 lagi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Nampak sedap je kek pisang ni. Anyway kalau 1 hari 1 resepi alamat setahun lebih jugak le nak khatam ye. Good luck..

    ReplyDelete
  4. Salam fara. Along punya pisang dah itam beram pun tak terbuat kek lagi ni... nanti kita hanto kat fara tolong buatkan kek yg sedap ni....hehe.

    ReplyDelete
  5. Assalam fara..bestnyer kek pisang...lama tak buat ni...tapau sini dululah yer...hehe

    ReplyDelete
  6. atie> hihi..meh la makan skali..best mkn ramai2 ni

    ReplyDelete
  7. Chik mimi> a'a kak..sy pun..sampai lebam pisang ni kesepian..haha

    ReplyDelete
  8. kak sam> waalaikumussalam..alhamdulillah..ok juga resepi dlm buku ni..tu la kak jenuh nak khatam..klau kt umah ni ada 10 org best skit..ada la yg tukang makan

    ReplyDelete
  9. Home kreation> salam along..haha..sy kan klau pisang berangan laju je..tp psang lain tu ssh skit nak makan..meh la kak sy tlg..tp akak buat confirm super delicious rasanya..

    ReplyDelete
  10. Nieza> wssalam..hihi..meh la mkn sekali..tak best mkn 2 org jek..nnt sy anto guna doraemon

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails