Advertisement

Tuesday, October 19, 2010

Mee Maggi Goreng Zaman Sekolah

Salam,

Masih ingat zaman sekolah dulu? Ini salah satu resepi yang selalu saya, adik-adik dan Cik Rizan buat masa cuti sekolah. Dulu kalau cuti sekolah suka sangat duduk kat kampung. Sebab boleh naik beskal satu kampung dan mandi dalam kolah..hihi..Resepinya sangatlah mudah..senang dan cepat!

Bahan-bahan
1 paket mee maggi
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 biji cili padi
1 biji telur
1 tbsp sos cili
1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Hancurkan sedikit mee maggi, buka dan asingkan perencahnya. 
Kemudian, bancuh perencah dengan air. Kacau hingga sebati. 
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan pula cili padi. Kemudian masukkan bancuhan perencah. Biarkan mendidih. Masukkan mee maggi. Gaulkan. 
Dengan kadar yang segera, masukkan sos cili, gaul. Akhir sekali masukkan telur. Gaul lagi. 
Hidangkan bersama-sama bawang goreng dan perahan limau.

Sumber: Faradean's recipes

3 comments:

  1. Haishhhh kecur air liur tengok maggi goreng tu!!! Adeyyyy mintak sikit...hehehe! :D

    ReplyDelete
  2. Love> Hi love..hehhe..bole love punya pasal no hal..hihi

    cintatehO> hi..hehehe..mmg sedap..try le

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails