Sardine Sandwich
Salam,
Aik..sandwich ikan sardin jekk? Apalah menu macam ni pun nak tayang kat blog? Hihi..Menurut kajian Faradean..(hihi)..hampir 70% yang melawat blog ni ialah muda belia remaja..iaitu yang baru habis SPM atau yang masih menuntut di universiti atau kolej. Kalau ada lagi yang muda contohnya budak-budak sekolah lagi baik la..sebab kebanyakkan menu yang dikongsikan kat sini menu ringkas dan senang nak dibuat. Itulah objektif blog ni..(baguss tak alasan?). Kalau menu yang heavy2 tu...kalau masa dan kuderat ni ada memang nak buat..tapi misi tu masih dalam angan2 lagi..hihi..
Ok, semua tahu nak buat sandwich..saya cuma boleh makan sardin yang dalam tin ni dengan roti je.. cerewetkan?? Oleh sebab itu, memang saya tak penah la makan ikan sardin tin dengan nasi..kalau kena camping dulu pun makan nasi dengan telur. Eh lupa ..resepinya senang dikk nonnnn! Harap-harap adik-adik bolehla cuba di rumah ye..tak yah susahkan mak ..kesian mak pun penat juga..lagi2 kalau yang bekerja..betul tak mak2 semua??
Bahan-bahan
roti keping secukupnya
1 tin ikan sardin sedehana besar (selalunya ada 4 ketul ikan dalam tu)- buangkan sos yg dalam tin
2 sudu besar cili giling
4 biji bawang merah- dimayang
4 biji bawang putih- dimayang
gula dan garam secukupnya
1 sudu besar perahan jus lemon atau limau kasturi
Minyak zaitun - nak guna minyak lain pun boleh..
Bahan-bahan inti
timun *
tomato *
daun salad
mentega
*dihiris
Cara-caranya
Panaskan minyak...tumis bawang merah, putih hingga harum.
Masukkan cili giling..tumiskan hingga cili masak..masukkan gula..gaulkan hingga sebati
Kemudian, masukkan ikan sardin tanpa sos dalam tin ..hancurkan dan gaulkan dengan sebati.
Masukkan perahan jus lemon. Dan perasakan dengan gula dan garam. Bila dah masak..angkat.
Ambil 2 keping roti. Sapukan mentega. Sudukan sardin dan ratakan. lapiskan dengan daun salad, hirisan timun dan tomato. Potong 2. Hidangkan.
apapun tetap nampak sedap..dapat brekfes cam ni memang kekenyangan
ReplyDeletemenarik la sandwich tu. chun pon masuk dalam kategori 70% tu ker.. kekekekeh
ReplyDeletemacam mana fara buat kajian tu...hehe... impressedlah..eheh
ReplyDeletewah nak tahu jugak macam mana fara buat kajian tentang blog fara ni lah..hehe akak pun nak cuba buat kajian juga kalau gitu..hehe..
ReplyDeleteapa2 pun sandwich mcm kat atas tu memang best , boleh habis 1 batal roti ..!
Simple is the best! Nak jugak sandwich tu! :D
ReplyDeleteFara, spam messages kat shoutbox tu is from those yang suka flood the chatbox with ads...some also just love to leave comments, i follow u, u follow me now...hahaha!
Malas sgt nak delete the messages, so I removed it. ;)
izah> mmg kenyang..sy mkn utk dinner ni..hihi
ReplyDeletecek chun> a'a cun..mmg betul. xpe muda remaja lagi tu..hihi
nizainese> ehehhe..ala ni..hihi
ayu> balas blogwalking kak..tu yg sy tau scara puratanya. Mkn dinner pun ok kan? sbb malas pun ada :D
Love> oooo..ok..mmg ada. takut juga kena spam ngan malware ni..anti-virus pun kdg2 tak dpt detect.