Advertisement

Friday, October 15, 2010

Fried Dory in Breadcrumbs

Salam..

Aii..lewat petang baru sempat nak tengok blog terchenta ni..hihi (ada ke yang kesah??) Kalau ada ..terharuu betul saya! Heheh. Ok ni resepi simple untuk makan malam. Senang je. Sebab yang ada kat peti sejuk cuma ikan dori je..maka saya pun masak mana yang ada. Rasanya lama benar tak pi ke pasar.. huhu. Lagi satu sekarang ni senang je nak cari dried breadcrumbs ni..selalunya kat kedai bakeri..ada yang plain (putih) dan ada juga yang orange. Saya guna yang orange. Ok macam ni cara-caranya..


Bahan-bahan
fillet ikan dori - saiz agak panjang jadi dipotong 4
2 cawan breadcrumbs 
1 tbsp lada hitam
1 tbsp paprika
1 tbsp parsley flakes
1 tbsp perahan lemon
garam secukupnya
1 biji telur - dikocok dan digunakan untuk menyalut ikan dengan breadcrumbs
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara-caranya
Cuci fillet ikan dori bersih-bersih dan dipotong 4.
Lumurkan ikan dengan campuran paprika, parsley flakes, lada hitam, perahan lemon dan garam secukupnya. Biarkan seketika.
Salutkan ikan dengan telur.
Kemudian salutkan pula dengan breadcrumbs tadi. Balik-balikkan agar semua fillet tu tersalut dengan cantik.
Panaskan minyak.
Goreng fillet tadi hingga keemasan dan garing. Balik-balikkan agar sekata masaknya.
Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos cili.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails