Advertisement

Monday, October 4, 2010

Puding Susu Koktel

Salam, 

Rasanya mesti ramai yang tahu macamana nak buat puding ni kan? Tapi saya ada cerita disebaliknya. Bila saya buat puding ni, mesti terkenang zaman saya kat Skudai dulu. Lepas SPM, saya merantau ke negeri Johor. Masa tu tahun 1997. First time duduk negeri orang mesti rasa macam tak best. Dah la sedara mara langsung tak de kat sini. Tapi lama-lama, saya seronok sebab kawan-kawan saya kat sini best2. Kawan2 baik saya masa kat Skudai ramainya dari Terengganu dan sorang dr  Batu Pahat dan sorang Kelantan. Senior2 plak..ada brape org ekk..4-5 semua Johor . Susah senang masa tu kami je yang tahu..huhu.


Pasal puding ni..sebenarnya tak de sapa pun yang ajar. Tapi melalui observation dan pengalaman. Betullah..pengalaman tu adalah guru terbaik dalam kehidupan. Masa mula-mula buat, adakalanya tak menjadi. Tapi jangan putus asa..usaha tangga kejayan..heheh..akhirnya..bolehlah..Setiap kali adakan jamuan makan mesti saya nak buat puding ni..sebab ada sentimental value..huhu.


Bahan-bahan
1 paket agar-agar strand (tali)
1 tin buah-buahan koktel (ditapis airnya)
1 tin susu sejat
5 sudu besar gula pasir
1000ml air

Cara-caranya
Jerang air dalam periuk. Kemudian masukkan pula agar-agar. Jangan kacau hingga biarkan sehingga mendidih.
Bila dah mendidih, kacau dan pastikan agar-agar tu telah hancur. 
Masukkan gula..kacau.
Perlahankan api, masukkan pula susu sejat. Kacau dan masukkan pula buah-buahan koktel (saya susun buah-buahan tu dulu)
Kacau lagi.
Kemudian..masukkan ke dalam mangkuk dessert kegemaran anda. Biarkan sehingga mengeras dan sedap dimakan ketika sejuk.


Sumber: Faradean's Experienced

7 comments:

  1. resepi ringkas..besh..nk buat ler.hehe

    ReplyDelete
  2. salam alinac..
    mmg senang..oo lupa plak nak tulis brape gram...2 gram . saya guna cap burung layang2..mmg dr dulu guna brand ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya nmpk..smooth je puding tu

    ReplyDelete
  4. Sedapnye puding tu! My favourite...yummm ;)

    Anyways, A Big Hi from love2cook ya! :D

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..bleh try nih..lagi pun mmg tgh cari idea nak buat apa untuk potluck cik hb

    ReplyDelete
  6. izah>klau nak cantik lagi boh bnyk ceri..nnt nampak merah2..

    Love2cook> Hi..thank u..cubalah senang je..

    ibh> salam..mmg sseuai utk potluck..senang dan cepat ..tak remeh..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...sis nak tanya agar2 1 paket tu brp gm?kalau nak guna yg serbuk punya..tq

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails