Advertisement

Friday, October 8, 2010

Naughty Blueberry Cake

Salam, 

Kenapa namanya Naughty Blueberry Cake. Sebab..heheh..patutnya untuk dibuat muffin. Tapi sebab malas nak mengcupkan jadinya saya terus masukkan je dalam tin kek tu..hihi. Satu hari, saya pergi ke kedai bakeri. Tetiba ada bau harum menyusuk hidung..sedapnya bau...rupa-rupanya ada adunan premix muffin blueberry. 


Seronoknya menderhakakan resepi ni..mula-mula cuak juga...takut tak jadi..tapi rasanya lembut cuma tak mampat macam muffin. Saya rasa adunan yang sekilo tu ada tepung gandum, baking powder, gula, vanilla dan blueberry frozen. Cara-caranya keluarkan tepung. Kemudian masukkan air.  Pecahkan telur satu persatu-satu kemudian pukul telur dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati. Minyak masukkan kemudian sekali. Kacau adunan hingga sebati. Masukkan adunan  ke dalam tin 9 inci.


Bakar selama 40 minit dalam 150* (ikut oven masing-masing). Bila dah masak, keluarkan dan tunggu sehingga sejuk. Taburkan gula icing. Sapukan blueberry filling atas kek. Kemudian hiasan dengan strawberi dan buah oren.

Bahan-bahan
1kg premix muffin blueberry
350 g telur - lebih kurang 7 biji
225ml air
280ml minyak jagung
1 botol blueberry filling

Hiasan
Gula icing
buah strawberi
buah oren


2 comments:

  1. Salam fara...
    Saya suka nama resipi anda....catchy sungguh..bijak..bijak!...

    ReplyDelete
  2. salam cik mat..
    i'm speechless..ee tak sangka dpt comment cik mat..sukaaanyaa! saya admire betul dgn cik mat tau! hehee
    naughty sebab nak gunakan istilah 'derhaka' tu la..hihi..
    terima kasih cik mat bg comment.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails