Advertisement

Thursday, October 14, 2010

Meatball Spaghetti

Salam..

Kembali bersiaran. Berkongsi resepi yang selalu adik saya buat. Saya rasa semua tahu macamana nak buat kan? Resepi sesuai untuk orang bujang atau yang baru nak belajar masak..heheeh. tak pe lama-lama nanti jadi teror. Meatball yang digunakan ialah jenama HPA. Rasanya sedap sangat la..dan tak muak. Selain tu, produk bumiputera. Kalau budget banyak memang bole boh berkilo-kilo meatball dalam periuk. Kalau ciput, boleh potong 2. 


Bahan-bahan
1kg bebola daging HPA
1 bungkus spaghetti
2 sudu besar cili giling
2 labu bawang holland
4 ulas bawang putih
200g cendawan butang- dihiris
2 tin pes tomato
Garam dan gula
Serbuk Oregano secukup rasa
Parsley flakes
Minyak zaitun untuk menggoreng


Cara-caranya
Goreng dulu bebola daging. Toskan.
Tumis bawang holland, bawang putih dengan minyak zaitun sehingga harum. Kemudian tumis cili giling hingga masak. Masukkan sedikit gula. 
Selepas itu, masukkan pes tomato. Gaul hingga sebati. Bila dah mendidih, masukkan cendawan butang dan bebola daging. 
Perasakan dengan oregano, parsley dan garam.

Untuk spaghetti, jerang air hingga mendidih. Masukkan spaghetti. rebus hingga mendidih. Angkat, toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.

Hidangkan dengan taburan parsley flakes

5 comments:

  1. salam fara,
    dah lama tak makan spagehtti italian sos ni..
    lagi2 yg meatball punya tak pernah try..hehe

    ReplyDelete
  2. salam fara, stok speghati ada banyak... bila la nak rajin buat nih.

    ReplyDelete
  3. Salam kak ayu..
    saya suka ada meatball..cuma nak cari yg kecik skit saiznya n sedap susah skit.. nak buat meatball sendiri takut tak jadi..:D

    ReplyDelete
  4. Salam kak rose,
    kalau akak masak ikut sukatan akak..saya ni fail skit bab2 mnyukat..selalunya derhaka2 skit..
    kat umah sy pun mesti kena ada stok..senang..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails