Nasi Lemak Sri Pandan dan Sambal Tumis Ikan Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tengah buat apa tu? Confirm semua tengah sibukkan? Macam-macam nak buat di hari cuti ni. Menu hari ni ialah Nasi Lemak Sri Pandan yang saya intai-intai dari dapur Kak Ayu dan Ika. Resepi asal ialah ilham Chef Hanieliza. Memang suka makan nasi lemak sendiri..sebab rasanya lain sikit dan yang penting tak mengantuk! Heheh..selalunya kalau masak nasi lemak ni, saya akan makan untuk sarapan, tengahari dan makan malam..hihihi..ekonomikan???


Suami kata, "Ishh nasi ni warna hijau?? ". Jangan takut cik..ni pewarna asli..tulen bangg...Dari esen daun pandan je. Sebab cik abang kita tak suka warna-warni ni..tu yang susah sikit nak buat resepi2 yang colorful..(alasan baikk lagi) Ok sebelum tu saya minta izin meng'copy' 'paste' resepi ni ye..minta izin Chef Hanieliza, Kak Ayu dan Ika ye..

Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

Bahan-bahan
•1 kg beras AAA [basuh n toskan] - (Kak Ayu gunakan 5 cawan beras basmathi)>>Sama mcm kak ayu  dan Ika
•    4 cawan santan-(2cawan santan pekat +1 cawan santan cair)
•    10 helai daun pandan - dikisar
•    2 inci halia -dihiris
•    3 biji bawang merah -dimayang
•    garam secukup rasa
•    sedikit gula - sekiranya suka - saya tak letak
•    1 helai daun pandan - disimpul
•    Sedikit halba>>yg ni Ika tambah :D - saya pun tambah..kasi lebih aroma

Cara-caranya
1.    Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
2.    Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
3.    Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
4.    Bila sudah masak boleh hidangkan


Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis 
Ikan bilis dibasuh dan ditoskan
3 sudu besar cili giling
1 labu bawang holland - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil asam jawa
1 cawan air -tambahkan ikut suka kalau nak banyak kuahnya.
Minyak untuk menumis
Cara-caranya
Goreng ikan bilis secukupnya hingga garing. Angkat dan toskan. 
Tumiskan bawang holland dan putih hingga harum. Masukkan cili giling dan tumis hingga masak. Masukkan gula. Gaul hingga sekata. Masukkan 1 cawan air dan air asam jawa. Biarkan hingga pekat. Kemudian, bila dah mendidih dan pekat masukkan ikan bilis. Gaul dan angkat.

Hidangkan bersama timun, kacang tanah goreng dan telur rebus.

Comments

  1. Salam..

    sedap kan nasi lemak seri pandan tu..
    wangi jerr....
    terimakasih kerana mencuba...

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    terharu sy akak singgah n bagi komen kat sini..
    sy mmg peminat setia akak..bnyak dah buku resepi akak jadi sumber ilham saya n suami sy especially time sy kena outstation..terima kasih kak..moga murah rezeki n di rahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  3. salam fara,sedappppnya nasi lemak tu siapnya setnya sekali

    ReplyDelete
  4. salam fara,
    wah nasi lemak sri pandan ni memang sedap,
    itu sebab akak buat untuk open house hari tu..heh e lagi wangi kalau pakai daun pandan yang original tu....

    ReplyDelete
  5. chik mimi> eheheh, mmg nak buat lagi..sedap sbb nasi dia warna hijau..

    Ayu> mmg kak..sy mmg follow habis.. hasilnya mmg sedapppp!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts