Advertisement

Monday, October 11, 2010

Bubur Nasi Lobak Merah Dan Serunding Daging Kelantan

Assalamualaikum..

Ini menu malam tadi. Ringkas dan berkhasiat. Nak tengok Dr Sheikh Muzaphar ngan Dr Halina punya pasal..hihi. Sebelum maghrib dah tanak nasi. Pastu Pukul 8 tepat dah hidang dan NGAPP!..heheh. Bersemangat jawa betul..oppss..waja. Senang je nak buatnya. Untuk lauknya saya makan dengan serunding daging yang memang sentiasa ada stok kat umah. Nak buat sendiri macam leceh je kan. Saya beli Cap Kak Nah. Memang sedap dan segar. Ok macam ni bahan-bahannya


Bahan-bahan
1 cawan beras - basuh dan toskan
1 liter atau lebih air
1 cawan lobak merah - parut
3 biji bawang merah India - dimayang dan digoreng
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
parsley flakes

Hiasan/ Lauk tambahan
Serunding Daging Kelantan
Bawang goreng
Sambal Cili Kicap

Cara-caranya
Didihkan air dan masukkan beras ke dalam periuk. Kalau airnya kurang tambah lagi supaya jadi bubur.
Masukkan lobak merah yang sudah diparut, lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan hingga berasnya masak menjadi bubur ye puan2..hihi
Kemudian, bila dah mendidih dan nasi sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Sudukan bawang goreng, serunding daging dan taburkan parley flakes. Sedap dimakan dengan sambal cili kicap. Siap untuk dimakan.

2 comments:

  1. salam fara, bubur nasi ni memang my favourite..
    memang suka sekali makan 2-3 mangkuk tau..hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    hehe..mmg feveret.
    Sbb nak ngadap depan tv punya pasal la ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails