Fried Bean Sprouts and Paprika Fried Fish

Salam..

Apa khabar kawan-kawan? Sihat..saya alhamdulillah..ringan sikit kepala bila kerja untuk event semalam dah selesai..Alhamdulillah. Ok, berbalik kepada kajian yang saya buat tempoh hari..hihi (mcm serius je), ialah melalui shoutbox dan blogwalking.  Selain tu kita boleh juga tahu sikit maklumat dari Live Traffic Feed. Itu je caranya. Blogwalking ni penting juga sebagai menghargai dan merapatkan lagi silaturrahim antara blogger..hihi..


Resepi yang saya nak kongsikan ni pun senang ..bak kata omputeh..simple present tense jekk. Suka makan taugeh ni sebab khasiatnya. Tapi sejak dengar gossip yang mengatakan taugeh ni dikench untuk segar..lamaaaa jugalah tak makan. Alhamdulillah, kat dengan rumah saya ada kedai Pak Aji. Kat situ ada jual taugeh keluaran muslim. Insyaallah selamat. Maka, makanlah balik taugeh ni. 

Bahan-bahan
2 cawan taugeh
1 cawan lobak merah
1/2 ikat daun kucai dan daun bawang
3 ulas bawang merah dan putih
3 biji cili merah
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula perang

Cara-caranya
Tumis bawang merah dan putih, masukkan cili merah. Kacau hingga sebati. Masukkan lobak merah. Kemudian masukkan pula daun bawang, kucai, taugeh dan kicap cair. Perasakan dengan gula. Gaul sekejap dan angkat. Hidangkan..


Menu sampingan ialah Ikan Goreng Paprika..
Senang jekk..gaulka ikan dengan kunyit, serbuk paprika dan garam. Goreng macam biasa... :D

Comments

  1. wah akak suka taugeh tak kira masak apa..
    tentang taugeh pernah juga terbaca....

    ReplyDelete
  2. ciklinn> insyaalah sedap..cubalah..

    Ayu> a'a kak..terkejut juga bila tahu..nak buat sndiri malass..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts