Sup Ayam Senang...

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah..demam dah pun pulih. Orang kata kalau demam kena hirup sup panas-panas. Maka menu utama sepanjang demam ialah sup. Saya suka buat sup secara merebus dahulu bahan-bahannya. Maka tak berminyaklah sup tu. Sedapnya makan sup masa demam ni badan cepat berpeluh. Itu yang baiknya makan sup. Baiklah meh kita hirup sup..


Bahan-bahan
5 ketul ayam yang dipotong kecil-kecil
1 labu bawang holland - dimayang
5 biji bawang putih- di mayang
5 biji cili padi
1 paket sup bunjut dan rempah ratus KSM
1/2 ikat daun sup - dipotong kecil-kecil
garam dan gula secukup rasa
1 tsp dashi
4 cawan air

bahan untuk bawang goreng
5 biji bawang India - dimayang


Cara-cara
Masukkan air ke dalam periuk bersama bawang holland, bawang putih dan cili padi. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bunjut dan masukkan separuh sahaja rempah ratus dalam paket sup KSM tu. Gaul. Dan biarkan mendidih aau hingga ayam empuk. 
Kemudian, perasakan dengan dashi, gula dan garam. Selepas itu, masukkan daun sup. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian tutup api dan hidangkan.

Untuk hiasan..
taburkan bawang goreng..gunakan bawang India sedap bawang ni manis dan sedap!


Sumber : Faradean

Comments

  1. madam sooyaree> sebenornya aji-no-kete..
    tp ada stgh org x mkn..sy n family mkn..sbb ayah keje kat situ..haha..nak tulis trus trang kang takut isu plak..hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam Fara. Yg sempoi2 ni lah yg selera makan... 2 pinggan pun tak terasa...hehe

    ReplyDelete
  3. pergghh memang mabeles kalau dapat hirup sup ni...alhamdulillah dh sihat yer fara..:)

    ReplyDelete
  4. I'm here to grab a bowl of chicken soup! Pleaseeeeee ;)

    ReplyDelete
  5. Assalam fara,
    sup ayam ginilah yang best dihirup2 bila2 masa, tak kira demam ke tidak, memang akak suka..siapa yang demam tu fara?..

    ReplyDelete
  6. HomeKreation> salam Along..hihi..mmg sy masak yg sempoi2 je..haha..makan ngap2 x tgk kiri knn..haha

    ReplyDelete
  7. Nieza> alhamdulillah..teruk gak demam kali ni..dugaan ..tp gagah2kn buat sup..haha

    ReplyDelete
  8. Love> nah love 1 mangkuk special 4 u..hihi

    ReplyDelete
  9. Ayu> Wslm kak..haha..mmg kak..klau mkn ngan sambal kicap lg ummphh!! saya lah yg demam..haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts