Mihun Goreng Putih

Salam,

Selamat sejahtera, bila dah nak masuk fasa akhir tahun ni, banyakkkkk lah kerja pengurusan cikgu tingkatan yang perlu dibereskan..huhu. Pastu..minggu depan dah nak final exam untuk kelas talaqi..tak hafal syair lagi..aduiii!!! Ok..relax..relax..Becakap pasal makan-makan ni..kalau ada makanan paling ringkas dan cepat itulah menjadi pilihan saya..hehhe. Sebab itulah saya buat menu ringkas ni..Mihun Goreng Putih.

Bahan-bahan
150g daging lembu- dipotong kecil2 dan direbus
1/2 bungkus mihun - direndam dalam air suam
1/2 biji lobak merah - dihiris mancis
1 cawan taugeh
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 tbsp lada hitam
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 


Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan putih. Kemudian, masukkan daging yang direbus dan lobak merah. Selepas itu, masukkan pula mihun yang telah ditoskan. Gaul hingga rata. Masukkan sedikit air rebusan daging supaya lembut. Masukkan pula lada hitam dan taugeh. Kacau rata.

Comments

  1. salam farra tq,sedap nmpk bihun tu nmpk bnyk rencah tu yg best tu

    ReplyDelete
  2. Cunlah mihun tuh!!! Love nak jugak, skip daging ya! :D

    ReplyDelete
  3. wah hebat... bila nak hidang untuk akak tu..ahahah

    ReplyDelete
  4. chik MimI> rencah kena bnyk kak..sebab suka meratah..hihi

    Love> hihi..love bole ganti ayam..:D

    Nizaineese> ala akak ni..bese2 jekk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts