Nasi Goreng Kunyit

Salam..

Saya kat mana ye..oo saya kat Int*l Electronic ni...buat apa?? Ada training la..Huwaa...!! Tak pe la..fikir yang positif je..Insyaallah bertambah2 ilmu didada..huhu..maklumlah..sekarang ni nak baca buku ilmiah pun macamm malas..kalau komik ke majalah masak2 ke tak pe pulak..nampak sangat otak ni dah separa tepu..(bukan tipu tauu). Ok ..nak kata jauh..tak juga..tapi bapakkk punya jem. Macamanalah orang yang hari2 commute pi kerja kat sini ye..huhu. 


Ok..dah abis kena soal tadi..ni lah masanya mengupdate bahan..sambil menyelam minum air..otak ni boleh buat 2-3 channel..hihi. Resepi hari ni sangat simple dan mudah. Iaitu Nasi Goreng Kunyit. Ini suami sayalah yang suka benor makan. Dan dialah yang paling rajin skali nak buat terutamanya bila cik akak fening2..


Bahan-bahan
3 cawan nasi semalam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tbsp cili giling
1 genggam bilis goreng
1 inci kunyit hidup
garam dan gula secukup rasa
untuk sayuran boleh guna kacang panjang yang dipotong kecil-kecil
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Panaskan minyak
Tumbuk bawng merah dan putih
Tumiskan bawang merah dan putih
Bila dah berbau harum, tumiskan pula cili giling. Tumis hingga cili masak.
Masukkan gula dan kunyit. Kacau hingga sebati.
Masukkan sayur-sayuran. Kacau lagi.
Kemudian masukkan pula nasi. Gaul hingga sebati. Masukkan pula bilis goreng. Perasakan dengan garam.

Senangkan????

Sumber: Faradean's Recipes

Comments

Post a Comment

Popular Posts