Ayam Penyet!

Salam, 

Penah makan ayam penyet? Saya baru pertama kali makan dengan kawan-kawan. Selepas pi tengok tudung-tudung..kami singgah makan di satu restoran di Seksyen 7, Shah Alam. Namanya Wong Solo..kalau diterjemah jadi Orang Solo. Makanan authentic dari Indonesia memang sedap..yang paling saya suka ialah jus alpukat, gado-gado dan hidangan sepinggan ayam penyet. Di sini juga ada menjual pece lele dan macam-macam lagi. Nasinya sedap dan kenyang sampai malam. Harganya berpatutan dan restorannya amat menarik dan bersih. Kalau nak cuba, ianya terletak di bangunan belakang Ariani atau Jakel, seksyen 7 Shah Alam. Mari saya kongsikan sedikit pengalaman makan di sini.. 


Set Nasi Ayam Penyet-nasi putih, ayam penyet dan lada/sambal tumis, tempe dan tauhu goreng

Gado-gado..sedapp!

Terung berlado



Sumber: Faradean's Experienced

Comments

  1. Of course Peggy, even that is Indonesian Authenthic Cuisine, we still can have it here! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts