Mango and Chocolate Pudding

Salam, 

Kelmarin salah seorang bekas anak murid saya datang berjumpa saya untuk bertanya khabar. Anak murid saya ni memang sopan santun dan berbudi pekerti. Selain tu, setiap tahun beliau tak akan lupa mengSMS ucapan Hari Guru, Hari Raya dan Hari Lahir saya. Sebenarnya semua murid tingkatan 5 Wira 2006 merupakan salah satu kelas yang paling saya sayang dan ingat sepanjang 10 tahun jadi cikgu. Semua murid dalam kelas tu memang berdisiplin, berhemah, rajin dan menghormati ibu bapa dan guru. Saya doakan mereka akan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.


Murid saya ni datang membawa buah mangga. Buahnya manis dan cantik. Dah puas makan buahnya, jadi saya nak buat puding pulak lah..resepinya senang sangat...


Bahan-bahan
2 biji mangga- dipotong dadu (seeloknya mangga yang baru turun dari pokok-tak lembik)
4g agar-agar peket
1000ml air
400ml susu cair
5 tbsp gula putih
4 tbsp milo @ serbuk coklat - dilarutkan dengan air
1 tsp esen vanila


Cara-caranya
Jerang air bersama-sama agar-agar strand sehingga hancur. Jangan kacau, biarkan ia larut sendiri.
Potong dadu mangga. Kemudian, apabila agar-agar dah larut, perlahankan api dan masukkan susu cair, gula putih, esen vanila dan milo @ coklat. Gaul hingga sekata. Selepas itu, masukkan mangga dan kacau lagi. Untuk kesan dramatik, taburkan serbuk milo ke dalam adunan. Tutup api dan tuangkan ke acuan pilihan. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan ketika sejuk..


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Comments

Post a Comment

Popular Posts