Advertisement

Saturday, August 21, 2010

Berbuka di Rumah Ibu Bapa

Salam, 

Semalam saya berkesempatan berbuka di rumah mak ayah saya. Kesian mak dan adik-adik sebab balik kerja lambat sikit dan memasak untuk saya. Hehehe..Saya suka! Sebab boleh makan beramai-ramai dan berkumpul serta bercerita dan berceriti. Walaupun rumah mak ayah saya tu 7km jekk dari rumah saya..tapi disebabkan kesibukkan masing-masing (mak saya pun sibuk juga..ayah je yang dah pencen) seminggu tu ada la 2 kali dapat berjumpa. Hanya FB dan HP je yang boleh digunakan untuk bertanya khabar tiap-tiap hari.

 dessert buah-buahan

Walaupun adik-adik saya masak masakan ringkas, tapi saya suka dengan kombinasi lauk-pauk. Kalau dulu-dulu, masa kami sekolah-sekolah dulu, mak walaupun baru pulang dari kerja tetap memasak untuk berbuka sebagai penaik semangat untuk berpuasa. Antara menu kegemaran kami masa sekolah dulu ayam panggang dan ikan terubuk bakar. Ayah pula, akan memastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali kami akan solat terawikh di rumah. Dan peraturan paling ketat yang ayah buat ialah larangan menonton tv sepanjang Ramadhan! Seronokkan...heheh.

Ok..ini antara menu semalam...

 sayur masak lemak

sambal ikan bilis kaww punya!

ayam goreng kunyit

ikan kering Sabah


Kuih muih beli jek..

Sumber: Faradean's Experienced

3 comments:

  1. lauk lemak kalau dgn ikan masin + sambal bilis.regu yg mantob. ;)

    sepjg ramadhan tak dpt tgk tv..tegasnya.. :)

    ReplyDelete
  2. salam mbakyu...
    wooo seronok..seronok...seronok....
    dekat ya rumah ayah-ibu tu, tapi memang kalau sibuk tak dapat sering jumpa.

    selama Ramadhan tak boleh nonton tv? wow.... hihihihi

    ReplyDelete
  3. kelana > ye ..mmg mantob..mmg tak bole..balik keje n masjid asyik check je blakang tv kot panas..hehe

    deetha> mmg dekat..dan jumpa untuk makan-makan je..hehe..

    betul deetha..ayah saya mmg macam tu..tapi ok la nak jaga pahala puasa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails