Advertisement

Monday, August 23, 2010

Daging Singgang

Salam,

Kalau orang pantai timur, menu ni merupakan salah satu menu utama. Tapi selalunya orang akan masak menggunakan ikan tongkol atau ikan aye. Ada juga yang panggil lauk ni lauk 'anak menangis' sebab cara masakannya ringkas dan cepat. Kalau anak menangis pun sempat masak. Ok, ini merupakan menu sahur saya yang ringkas. Suami saya suka masak macam ni..hihi.


Bahan-bahan
250g daging lembu batang pinang yang sudah direbus
4 ulas bawang holland
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas di titik
1/2 inci halia
garam kasar secukupnya
2 keping asam keping

Cara-cara
Gunakan 3 senduk air rebusan daging dan tambahkan secawan air ke dalam periuk. Masukkan bawang-bawang holland, putih, lengkuas dan halia. Biarkan hingga mendidih. Masukkan daging dan kacau. Kemudian masukkan pula garam dan asam keping. Biarkan seketika hingga mendidih. Hidangkan dan makan bersama nasi.


2 comments:

  1. Ha..sedap tu...daging Singgang tu..terliur dah..resepi pembuka selera bersahur...nnti akak cuba ya..belum pernah buat lagi..apa2 pun gmabar betul mengoda.....suka camera tu...

    ReplyDelete
  2. ha'ah..rasa lengkuas tu yg sedap n mengoda..hihi tapi nak best lg bubuh cili hidup

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails