Advertisement

Sunday, August 15, 2010

Mee Goreng Cikgu Jai

Salam..

Dah buka? Eh belum lagi..tapi ini menu buka semalam. Ringkas saja..cukuplah kan.. Nama menu saya ialah Mee Goreng Cikgu Jai. Kenapa ada nama Cikgu Jai tu? Sebab ini cara yang mak saya ajar sejak kecik. Kalau nak tahu, semasa pertama kali bakal suami saya datang ke rumah saya untuk memberitahu hajat di hati, mak saya hidangkan mee goreng. Saya? Seingat saya..sepanjang suami saya datang masa tu, saya menyorok belakang pintu bilik dok mengintai..hihi..malu! Sebab tu, suami saya pun suka sangat makan mee goreng yang mak saya goreng. Itulah kisahnya..Ok macamana nak buat ye..


Bahan-bahan
450g mee kuning cap Ibu (boleh dibeli di Giant)
200g daging lembu batang pinang (direbus dan dipotong sederhana tebal)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 1/2 sudu cili giling
1 tbsp sos tiram
1 tbsp sos cili
1 ikat sawi (potong-potong)
20 sen taugeh
2 biji telur
1 1/2 tbsp gula
garam secukup rasa
kicap (seikut rasa-agak-agak cantik warna mee tu)
1 cawan air rebusan daging
7 biji tomato ceri


Cara-cara
Rebus daging sehingga empuk. Kemudian, hiris sederhana tebal.
Basuh mee hingga hilang warna kapur dan toskan.
Tumbuk bawang merah dan putih dalam lesung batu. Jangan lumat sangat.
Kemudian, tumis bawang-bawang ke dalam kuali sehingga berbau harum. Masukkan pula cili giling.  
Tumis sehingga masak dan tambahkan gula supaya tidak sengak. Masukkan pula sos tiram dan kicap. Gaul hingga sekata. Masukkan daging dan 3 sudu air rebusan daging. Biarkan seketika. Masukkan pula sayur sawi, taugeh dan telur. Pecahkan telur di dalam lesung batu tadi. Gaul hingga rata. Masukkan mee dan baki air rebusan daging. Gaul hingga sekata. Tambahkan tomato ceri, garam dan kicap secukup rasa dan sehingga cantik mee tu. Kemudian, bila agak sebati dan sekata bolehlah dihidang.
Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan perahan limau nipis


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails