Advertisement

Tuesday, August 3, 2010

Nasi Goreng Sambal Hijau Nenek

Salam,

Lambat sikit update blog sebab agak sibuk hari ini. Menu kali ini adalah menu ringkas yang sering dimasak tak kira masa. Sesuai untuk sarapan dan makan malam. Sambal tumisnya adalah sambal tumis yang sama dengan sambal tumis hijau cuma ditambahkan dengan telur.


Nasi goreng ni pun resepi turun temurun. Kalau nenek dulu goreng menggunakan nasi semalam dan digoreng tanpa telur. Beliau akan goreng sehingga ada kerak-kerak sikit. Sedap!

Bahan-bahan
Nasi putih (semalam)
Bahan-bahan
segenggam biji cili padi (lombok rawit)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
1 tsp garam kasar
2 tsp gula
Minyak 

Cara-cara
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam kasar hingga lumat. (Gunakan lesung batu). Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah lumat ke dalam kuali. Tumis hingga bau harum. Tambahkan gula. Bila dah agak sebati dan rasanya OK, masukkan telur . kacau-kacau hingga rata. Masukkan nasi dan goreng hingga garing. Angkat dan bolehlah dihidang.

Sumber: Faradean's Nenek's Recipes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails