Advertisement

Wednesday, August 11, 2010

Cempedak Goreng

Salam, 

Cempedak..! Sedapkan. Ini adalah kesinambungan dari membeli buah-buahan hari tu. Saya suka makan macam tu je atau digoreng. Kalau goreng cempedak..rumah pun bau harum buah cempedak. 


 Menurut Wikipedia -Pokok cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun(midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun berbentuk acute hingga obtus manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat varieti cempedak dimana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat varieti dimana ia kelihatan berkilat. Pokok cempedak hampir menyerupai pokok nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun dimana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.

 Sumber: Wikipedia
Antara khasiatnya ialah ianya mengandungi protein, karbohidrat, Fiber, kalsium, fosforus, potasium, Vitamin B dan C. Cara menggoreng cempedak saya simple je..


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum*
1 cawan air*
1 tsp serbuk kunyit*
1 tsp garam*
1 tsp gula*
1/2 biji cempedak saiz S
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Bancuh semua bahan * sehingga sebati. Kemudian masukkan buah cempedak dan gaul sehingga tersalut dengan bancuhan tepung.
Panaskan minyak dan goreng cempedak hingga bau harumnya naik. Hidangkan..

Sumber: Faradean dan Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails