Grilled Norwegian Salmon with Herbs

Salam, 

Teringin makan salmon ni bila tengok National Geography. Asyik Beruang Grizzly je yang makan salmon..maka suami pun ajak beli ikan ni. Selalunya beli satu blok je...share 2 orang. Kalau tak kerana khasiat ikan salmon ..mungkin saya tak nak makan. Walaupun baunya tak hanyir..tapi ntahle. Kalau suami saya pulak..dia suka makan sushi salmon yang dicicah kicap masin...saya??? Tak naklah..mentah..

 
Tapi sebenarnya itulah yang paling berkhasiat. Mengikut kajian, negara Jepun walaupun penduduknya mempunyai kadar stress yang paling tinggi di dunia, tetapi mereka jugalah antara penduduk yang paling lama hidup..umuq panjanggg....sebab apa?? Sebab cara pemakanan mereka yang sarat dengan khasiat omega 3 dan protein yang tinggi!

Ikan salmon merupakan sumber Omega-3 fatty acids yang paling banyak iaitu menyamai 4 ekor ikan. Antara kebaikan Omega-3 fatty acids ialah mengelakkan daripada serangan jantung, strok atau angin ahmar, Alzheimer, simtom arthritis, mengurangkan tekanan dan mengawal kandungan gula dalam darah. 


 Untuk resepi ini saya cuma bakar sahaja..

Bahan-bahan
1 blok norwegian ikan salmon
2 tbsp paprika*
2 tbsp thymes*
2 tbsp rosemary*
2 tbsp garam*
2 tbsp lada hitam*
1/2 biji jus limau nipis*
2 tbsp mintak zaitun*

Gaulkan semua bahan yang bertanda *. Kemudian perapkan bahan-bahan herba dengan ikan salmon selama 2 jam. 
Kemudian selepas diperap, panaskan pemanggang dengan sedikit minyak zaitun. Panggang ikan dan balik-balikkan sehingga masak.
Hiaskan dengan daun ulam raja agar nampak kemelayuan sikit dan perahan limau nipis.


 Sumber: Robert Ranford dan diubahsuai ikut tekak Faradean's Cooking Recipe,  maklumat ikan pula dari  http://www.salmonfacts.org

Comments

Post a Comment

Popular Posts