Advertisement

Wednesday, December 29, 2010

Apam Beras

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ni maghrib..haha..alhamdulillah dah selesai. Sebab tu boleh update blog. Siang-siang tadi agak sibuk mengemas itu dan ini. Esok nak bercuti..bukan pi obersi pun..cuma nak merehatkan diri dan mengurangkan aktiviti yang melibatkan radiasi. Mungkin dalam 3-5 hari. Ishh tahan ke cik akak ye? Bukan apa..cik akak malas beli sokkaba..baca via Internet je kerojenya...save environment and nak implement paperless environment. 


Oklah..tak de idea nak mengarut..Ini resepi Apam Beras yang diintai di dapur Kak Hana. Nasib free je skodeng2 dapur Kak Hana..kalau kena bayar tol..ntah behapa hibu aku kena bayo..Terima Kasih kak..sudi berkongsi resepi yang marvelous ni. Resepi asal dari Cha myresepi. sedap dan lembut..dan disukai ramai.Sekian ...jemput makan...


Ditekap bulat2 dari : Kak Hana
Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Monday, December 27, 2010

Makan-makan bersama Keluarga @ Serai

Assalammualaikum dan salam sejahtera, 

Pejam celik..pejam celik dah nak akhir tahun kan? Punyalah cepat masa berlalu. Kalau nak dinilai apa pencapaian tahun 2010...emm..apa ye? Haha..takpelah boleh ditunda ke tahun hadapan..huhu. Baiklah..ini sesi berkongsi pengalaman makan di Restoran Serai, Seksyen 3 Shah Alam. Restoran ni merupakan restoran paling awal sekali di Shah Alam. Kira dah lama lah juga..sejak saya sekolah rendah dah ada. Makanannya memang sedap dan sedap! Hahha...Butter Prawn dan Mango Chicken kat sini paling saya suka. Air teh ais Thai kat sini pun sedap. Saya kalau kat restoran tu teh ais dia tak best..maksudnya air lain pun tak best juga. Kalau nak buat reservation dulu pun boleh. Telefon je dan bagitau menu apa kita nak makan. Senang dan cepat sikit. Sampai-sampai dah siap! Jemput makan....






Saturday, December 25, 2010

Blackcurrant, Almond and Chocolate Heaven Muffins

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..

Hari ni saya nak kongsikan resepi muffin yang sesuai dimakan bila-bila masa. Kalau omputeh buat muffin ni untuk sarapan kan? Saya? (Ada aku kesah?) Tak kisah makan bila-bila masa pun. Resepi asalnya lain. Tapi saya ubahsuai mengikut keperluan tekak saya..haha. Sebenarnya, saya ada masalah lambakan kordial seperti mana yang saya pernah cerita dientri yang lepas. Oleh itu, saya pun mendapat satu idea untuk mencampurkan pes ni ke dalam muffin saya. Kebetulan, dried blackcurrant masih ada. Dari dia dok beku dalam tu kan?


Rasa muffin ni sedap sebab ada rasa masam-masam blackcurrant dan kemanisan coklat-coklat yang saya bubuh dalam ni. Dan benda wajib yang mesti ada dalam muffin saya ialah almond. Tak kisahlah strips ke..nibs..ke..ground ke...tapi tu mesti ada..hihi. 

 
Saya gandakan adunan ni..tapi yang saya taip tu adunan asal yang  cukup untuk 12 biji muffin je. Saya buat dapatlah dalam 3 dozen. Dapat jugalah saya bagi-bagi sikit kat mak dan adik ipar. Saya harap Linda Collister tak marah saya sebab saya dehaka dengan resepi asal...minta ampun Cik Linda..


Bahan-bahan
250 g tepung gandum, diayak
1 tbs baking powde, diayak
85 g gula kastor
1 biji telur
1 tsp esen vanilla *
1/2 cawan jus / pes blackcurrant *
280 ml susu segar
4 tbs vegetable oil
50g dried blackcurrant *
50 g almond strips *
50 g chocolate chip *
50 g chocolate rice *

12 biji bekas /mangkuk kertas muffin


Cara-caranya
Campurkan tepung, baking powder, gula, jus atau pes blackcurrant dengan almond strips
Pukul telur dengan esen vanilla , susu dan vegetable oil. Campurkan dengan campuran tepung dan kacau hingga sebati. Campurkan dried blackcurrant dan kacau dengan kelajuan 5kmj..hehe. Masa mengacau tu..using as few strokes as possible..(mungkin untuk memerekahkan atas muffin bila sudah dibakar). Biarkan seketika. Jangan terlebih pukul dan terlebih bahan sebab boleh membuatkan muffin keras dan kering.
Sudukan 3/4 bahan campuran kedalam mangkuk kertas muffin saiz kecil yang diletakkan didalam loyang untuk muffin.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan150`C selama 20-25 minit. (Ikut oven masing-masing)

Sedap dimakan panas-panas.

Sumber : Muffins and other Morning Bakes oleh Linda Collister dan bahan bertanda * ditambah / diubahsuai oleh Faradean.


Friday, December 24, 2010

Daging Balado Basah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Hari Jumaat yang penuh keberkatan. Lama juga tak update blog. Ada urusan dan perlu mengurangkan aktiviti yang melibatkan radiasi..hahaha. Hari ni saya pinjam resepi dari Sifu Ummi. Daging Balado Basah. Sedap juga.. rasa pedas-pedas, manis-manis pun ada. Kadang-kadang, masak ni kena juga jenguk-jenguk kat dapur orang supaya ianya menjadi dan sedap! Kak Ummi, pinjam dan copy paste resepi kat sini ye. Terima kasik kak sebab sudi berkongsi resepi yang sedap ni. Oklah jemput makan semua....

Bahan:-
•    500 gm daging batang pinang
•    1/2 - 1 sk. garam
•    1/8 sk. serbuk kunyit
•    4 ulas bawang putih - tumbuk halus
•    500 ml air
•    Minyak untuk goreng
•    1 sudu besar jus limau nipis

Bahan Ditumbuk Kasar:-
•    250 gm cili hidup merah (akak guna 4 biji cili merah + 4 
     tangkai cili padi merah)
•    150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
•    1/2 - 1 sudu kecil garam


Cara Memasak:-
1.    Potong-potong daging ukuran 1x5x5 cm, kemudian 
       bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk 
       kunyit dan bawang putih. Perap 15 - 20 minit.
2.    Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan 
       tuangkan air tadi separuh. Jerang di atas api kecil dan
       tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk. 
       Kalau belum cukup empuk, tambah air secukupnya dan 
       masak lg hingga daging empuk. Angkat dan toskan.
3.    Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan 
       daging tadi dan goreng hingga kecoklatan tapi  
       jangan terlalu kering/garing. (Boleh goreng sikit2..)  
       Angkat dan toskan.
4.    Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebih kurang 
       150 ml minyak. Tumiskan bahan tumbuk kasar 
       hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan 
       pecah minyak.
5.    Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau
       menyengatnya hilang, seimbangkan rasa dan 
       matikan api.
6.    Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.

Sumber : Kak Ummi

Tuesday, December 21, 2010

Kroket Kentang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni..sibukk betul..maklumlah dah nak buka sekolah. Maka banyak jugalah nak dibuat. Bukan saya seoranglah yang buat..buat beramai-ramai ..apa yang penting ..Kerjasama. Tapi pening tu tetap ada. Ntahlah ..ye ke pening? Hahaha..Baiklah kawan-kawan ni resepi Kroket Kentang yang saya tekap kat blog Kak Hana. Orang lain agaknya kroket dia dah hilang kot masuk angkasa lepas..ntah2 dah kena sedut dalam black hole. Saya barulah terhegeh2 nak cuba. Hihi..maklumlah bila cuti je Semangat Gaban Ultraman datang..haha..


Tapi rupa parasnya tak se kawai lah macam Sensei Hana buat. Maklumlah cik akak buat time lapar. Tak sabar-sabar nak makan. Bila dah siap digoreng, memang sedap dan menjadi igauan Cik Abang. Asyik tanya ada lagi ke tak? Kat peti ada lagi tak? Bila awak nak goreng lagi? Hahaha...saya memang follow habis resepi ni..termasuk soh boh dalam peti. Boleh disimpan dan disejuk bekukan..untuk bekalan dimasa hadapan..Thank you Kak, sebab tak malu tanya resepi ni dari kawan tu. 



Bahan-bahan
  • 5 biji kentang besar
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
  • 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional - I tak follow
  • gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch - I terpaksa guna tepung gandum..kalau cari tpg katakuriko tu nescaya taun depan pun tak siap..
Cara-cara
  • Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus. - I follow
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj) -I follow
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja. - Baekk sensei..
Sumber:  Kak Hana

Monday, December 20, 2010

Biskut Beras

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat malam. Malam baru sempat tengok blog. Apa nak cerita ye. Oklah..ini pasal Biskut Beras yang saya suka sangat makan. Tapi susah sikit nak dapat kat sini kecuali yang duduk  Jopun. Saya cuma once in a blue moon je dapat. Tu pun kalau cik abang ada rezeki dapat ole-ole dari kawan sekerja yang baru balik Jopun. Diolag biasa yang didengar 'Berebut-rebut abe ambik ni bawa balik.." Emm ..Terima kasihlah ingat kat ambe kat umah. Tapi dalam Nihongonya tak tahu..arare kot..hihi..dah lama tak baca hiragana..den lupooo dah..hahaha (tuo dah den ruponyo). Oklah Majulah Sukan untuk Negara!


Sunday, December 19, 2010

Milk and Mandarin Orange Pudding

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Menu ni kira projek menghabiskan kordial yang melambak-lambak kat rumah tu.. Kisahnya saya dengan cik abang tak kreatif kalau buat minuman kat rumah. Balik-balik teh, nescafe, milo atau nestum. Kalau rajin buatlah teh tarik atau limau o suam atau ais. Ais pun kadang-kadang je wujud dalam rumah kami. Especially kalau ada tetamu yang nak datang..berkejarrrrlah mencari ais. Hihi....Kadang-kadang je lah buat air ribena..blackcurrant..roselle...


Lepas tu..masa cabutan bertuah pun saya dapat pelbagai jenis kordial jugakk..rasa macam nak nangis..tapi tak baikk dah rezeki ko dapat macam-macam kordial (adalah benda lain..serbuk pencuci baju, cecair pencuci pinggan dan sayur..dan macam-macamlah...jenama cosw**..huhu). Oleh itu, saya pun buatkanlah puding ni macam milk puding yang Kak Yat Maria dan Kak Nor buat tu. Cuma bahan-bahannya tak banyak dan puding versi ni saya buat hari tu colour pink and white aka bandung atau Puteri Islam..hihi. Oklah jemput makann...


Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali cap Burung Layang-layang
1000ml air
400ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan kordial mandarin orange Nutrijuice


Cara-caranya
Gunting-guntingkan sikit agar-agar tali
Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk.
Biarkan hingga larut dan mendidih (tak perlu dikacau)
Bila dah mendidih dan agar-agar tu sudah larut, perlahankan api.
Masukkan susu sejat, gaul hingga sebati.
Bila sudah sebati, tapiskan.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna putih, satu lagi yang dicampukan dengan kordial mandarin orange Nutrilife
Curahkan ke dalam acuan kegemaran. Masukkan dulu adunan mandarin orange. Biarkan ia mengeras sedikit.
Kemudian agak-agak 5-7 minit masukkan pula warna putih. Curahkan perlahan-lahan menggunakan belakang sudu.
Sejukkan..

Sumber: Ilham dari Gert dan diubahsuai ikut Faradean punya selera..hihi

Saturday, December 18, 2010

Nasi Goreng Ikan Tenggiri Pekasam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Menu makan malam dah siap? Saya rasa menu ni memang sesuai di makan untuk makan malam. Sebab ianya ringkas dan tak banyak bahan-bahannya. Sebenarnya saya tak pernah beli ikan tenggiri pekasam ni. Satu hari, masa dalam perjalanan pulang dari kampung, saya singgah nak beli keropok lekor. Saya rasa di Marang, Kuala Terengganu. Cik abang tetiba suruh saya beli ikan tenggiri pekasam ni. Maklumlah biasa-biasa cik abang memang tak berapa suka sangat termasuk saya. Tapi bukan tak makan langsung..makan cuma jaranggggg-jaranggg...kaddangg-kaddangg.  Dan sejujurnya saya nak bagitau ni lah first time saya buka dan keluarkan ikan pekasam ni..lembik rupanya..bila dah goreng baru jadi keras ye..hihi..Selamat menjamu selera!



Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
10 biji cili padi (lombok rawit)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan lobak merah
2 potong ikan tenggiri pekasam - dibasuh dahulu
1 biji telur
2 tsp gula
Minyak 

Untuk bawang goreng
5 biji bawang bombay - dihiris nipis
minyak untuk menggoreng

ini bukan specimen makmal..ni ikan tenggiri pekasam

Cara-cara
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih hingga lumat. (Gunakan lesung batu). Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah lumat ke dalam kuali. Tumis hingga bau harum. Tambahkan gula. Bila dah agak sebati dan rasanya, masukkan ikan tenggiri pekasam. Goreng atau tumis hingga ikan tu agak keras dan garing. OK, masukkan lobak merah..kemudian telur dan gaulkan hingga rata. Masukkan nasi dan goreng hingga garing. Angkat dan bolehlah dihidang.
Hiaskan dengan bawang goreng.

Sumber: Faradean's Recipes

Friday, December 17, 2010

Ubi Kayu Goreng dan Sambal Tumis Ikan Bilis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Menu ni adalah kesinambungan menu ubi kayu. Kali ni saya goreng je la. Ubinya lembut je bila dimakan dan tak keras. Senang..cepat..dan sedap dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Gandingan yang mantop untuk minum petang atau sarapan pagi. 


Bahan-bahan
1 biji ubi kayu - kupas kulitnya, bersihkan dan rendam seketika
garam dan serbuk kunyit secukupnya

Cara-caranya
Potong ubi kayu mengikut cara masing-masing.
Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.
Panaskan minyak..dan goreng hingga empuk dan kekuning-kuningan.


Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis
Ikan bilis dibasuh dan ditoskan
3 sudu besar cili giling
1 labu bawang holland - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil asam jawa
1 cawan air -tambahkan ikut suka kalau nak banyak kuahnya.
Minyak untuk menumis


Cara-caranya
Goreng ikan bilis secukupnya hingga garing. Angkat dan toskan.
Tumiskan bawang holland dan putih hingga harum. Masukkan cili giling dan tumis hingga masak. Masukkan gula. Gaul hingga sekata. Masukkan 1 cawan air dan air asam jawa. Biarkan hingga pekat. Kemudian, bila dah mendidih dan pekat masukkan ikan bilis. Gaul dan angkat.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Thursday, December 16, 2010

Kisah Lempeng Ubi Kayu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam sempat update sekejap je..sebab ada urusan di luar. Maka entri pun tertangguh. Hari ni saya nak cerita pasal ubi kayu. Sejenis tanaman yang sinonim dengan atuk nenek kita. terutamanya di Zaman Jepun dulu. Makanan inilah yang menjadi ganti nasi atau sumber karbohidrat di Tanah Melayu. Bukan setakat atuk nenek je..rupanya cik abang kita pun pernah menjadikan Ubi Kayu sebagai makanan ruji ketika di Nippon dulu..hahahh..siannya..huhu. 


Kalau kreatif, macam-macam kita boleh buat dengan tanaman ini. Arwah datuk saya merupakan salah seorang penanam ubi kayu (Macam karangan UPSR pulakk). Jadi saya sangat suka makan ubi kayu yang ditanam oleh beliau (hahha..ada gaya budak UPSR tak?). Kisahnya disuatu pagi yang tenang..saya dan makcik saya serta adik-adik sepupu yang kecik2 ni nak main bowling. Terjumpa gerai jual ubi kayu. Banyak juga sayur kampung yang orang ni jual. Sekilo RM2.00. Kat Shah Alam. Kalau kat kampung FOC je..Saya dan makcik saya pun belilah dalam 3-4 kilo. Share-share.


Balik rumah, cik abang kata dia nak buat lempeng ubi kayu. Kalau direbus, digoreng tu saya biasa makan ..kalau dijadikan lempang ehh lempeng ni belum lagi. Dia kata masa kecik2 dulu mak mertua saya suka buat. Idea yang baikk..sebab dia nak buat semua.. Cik akak cuma melihat dari teropong lensa je. Hahha..Dari kerja mengupas kulit, memarut, menggoreng dan menghidang semua cik abang yang buat..(kecuali mengemas..haha..) -tak pe lah cik akak tak kisah. Saya tengok je..rupanya tak payah boh tepung ye..hahaha..sebab dah ada kanji. Sedap dimakan panas-panas dengan garam atau gula. Sebiji tu dapatlah 5 keping lempeng. First time makan lempeng ubi...hahah....hahha..

aksi parut-memarut

Bahan-bahan
1 biji ubi kayu - dikupas dan dibersihkan
garam dan gula secukup rasa
minyak atau mentega untuk menggoreng.

Cara-caranya
Parut ubi kayu.
Campurkan dengan sedikit garam.
Griskan kuali atau pan dengan sedikit minyak atau mentega.
Sendukkan satu senduk parutan ubi kayu tu...dan goreng hingga agak garing. Terbalik-balikkan sampai kedua belah lempeng tu garing.

Sedap dicicah dengan gula atau garam atau sambal tumis.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Tuesday, December 14, 2010

Walnut Chocolate Chips with Almond Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ermm..kalau ikutkan saya tak berapa suka makan biskut-biskut tau cookies. Tapi bila buat projek meng'cookies' ni saya jadi suka pula makan..terutamanya bila dimakan sambil minum air kopi atau nescafe panas! Memang mantoPP! Asyik nak mengunyah je..hihi. Resepi ni saya pinjam dari Yatt Maria


Resepinya ringkas dan senang untuk dicuba. Cuma saya tambahkan chocolate rice dan dried blackcurrant. Masa dok kemas-kemas peti sejuk tu..terjumpa dried blackcurrant ni..ntah bila saya beli pun tak ingat..hahah..nasib belum expired. Oklah Kak Yatt saya minta izin copy and paste resepi ni ye..semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan ceria-ceria selalu...

 orang ikat..aku pun nak ikat jugak..skali nampak mcm poch..la pulak..hihi

Recipe : All Recipes ~ Taste of Home
Ingredients
1/2 cup butter or margarine, softened
1/2 cup packed dark brown sugar
1/3 cup sugar
1 egg
1 teaspoon vanilla extract
1 1/8 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon baking soda
1 cup milk chocolate chips
1 cup sliced almonds
1/2 c finely chopped walnut
- saya tambah 1/2 cup of chocolate rice dan 1/2 cup dried blackcurrant


Directions

1.In a mixing bowl, cream butter and sugars. Beat in egg and vanilla. Combine flour, salt and baking soda; gradually add to the creamed mixture. Stir in chocolate chips,chocolate rice and dried blackcurrant, almonds and walnuts. Drop 1 rounded teaspoon dough , 2 in. apart on greased baking sheets. Bake at 375 degrees F for 9-11 minutes until edges are firm. Leave cookies to cool 1 minute on the sheets.Remove to wire racks to cool completely.

Sumber: Yatt Maria

Monday, December 13, 2010

Ayam Masak Bawang Putih

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Semalam dah lewat malam baru sempat update blog. Tapi tahap kerajinan meng'update' blog ni tak sampai lagi tahap En Ben Ashaari. Baru je baca entri dia..dah ada entri yang terkini...ketapi saya ni slow sangat gamaknya..haha. Menu yang saya nak kongsikan hari ni khabarnya hidangan kesukaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri kita yang pertama. Saya dapat resepi ni pun dari rancangan memasak JOM RASA kelolaan Master Chef Sabri Hassan yang popular dengan program Spice Route tu..(suka tengok program ni). Ianya dimasak oleh seorang chef yang umurnya dah 70-80 tahun iaitu seorang chef Cina Muslim.


Resepi ni memang menggunakan bawang putih yang sangat banyak. Kalau ikut resepi sebenar kita memerlukan lebih dari 30 biji bawang putih...tapi untuk saya saya sesuaikan dengan jumlah ayam saya. Sedap..ringkas dan saya kira berkhasiat sebab bawang putih ni kan baik untuk kesihatan.


Bahan-bahan
250g daging ayam yang dipotong dadu..sederhana saiznya
7 ulas bawang putih- kupas kulitnya dan jangan dipotong
7 ulas bawang putih- dipotong nipis-nipis
5 ulas bawang merah- dimayang
2 biji cili merah-dipotong 
2 sudu besar sos cili bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Lumur ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Panaskan kuali dan 1/2 kuali minyak . Pastikan minyak betul-betul panas.
Gorengkan ayam dengan 7 ulas bawang putih yang belum dipotong (iaitu yang sebiji-sebiji)
Gorengkan hingga ayam agak garing dan aroma bawang putih harum. Hati-hati jangan sampai hangit pulak bawang putih tu. Bila sudah garing..angkat dan toskan.
Kurangkan minyak...tinggalkan dalam 5 sudu besar minyak je.
Panaskan kuali..tumis dulu bawang merah, bawang outih yang dipotong nipis dan cili merah. Tumis hingga terbit aroma. 
Masukkan pula sos cili bawang putih, sos cili dan tomato ke dalam tumisan bawang. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Hidangkan..

Sumber: Chef Chinese Muslim dan Master Chef Sabri Hassan dari Rancangan Jom Rasa

Sunday, December 12, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Pertama kali tengok motor show. Kalau tak kerana cik abang dapat tiket free mungkin malas nak pergi. Tapi perasaan ingin tahu dan ingin benar melihat concept car terkini ni membara-bara. Harap-harap sama macam kat Toyota City aka Aichi. Hehe..sebab bila tengok gambar cik abang kat sana..concept car dia memang WOW! Bilalah aku nak dapat sebijon kereta Toyota yang brand new made in Japan. Haha..ntahlah bilalah dapat singgah di Nagoya..

inilah salah seorang model yang sopan..

Seperti yang dijangka..memang awek-awek kat sini cun melecun. Macamana diorang make-up. Cantik betul..rasanya kalau tak make-up memang diorang ni pun cantik. Sebagai penyeri acara. Senyum memanjang..tak penat ke? Pastu apa yang saya perasan..ramai gilerrr yang ambik gambo..boleh rupanya..n hampir 90% guna DSLR..siap bawa speedlight n tripod. 

cun betul model ni..cik akak tak lepaskan peluang..

Sekarang ni memang macam back tu 70's-80's....zaman guna SLR..cuma sekarang dah jadi DSLR. Zaman ayah saya dan time saya kecil-kecil dulu. Tapi dulu sapa-sapa yang guna SLR pastu gambar CUN memang terror. Sebab pakai filem....selalu tengok ayah masukkan filem. Pusing-pusing..ermm silap pusing..gambar confirm tak jadi..hahha..

aksi salah seorang pengunjung yang sedang asyik menembak..

Berbalik pada Motor Show...sebagai rakyat Malaysia..bangga juga tengok Proton yang kini banyak menghasilkan concept car dan hybrid yang saya kira designnya agak menarik. dan nama-namanya masih mengekalkan identiti kemelayuan iaitu nama-nama Pahlawan Melaka. 


Saya rasa Proton di bawah pengurusan Dato’ Syed Zainal Abidin B. Syed Mohamed Tahir membolehkan semua rakyat Malaysia mampu membeli kereta dengan rekabentuk hi-tech yang menarik dan dengan harga yang berpatutan. Saya harap Proton dapat mencipta kereta yang lebih menjimatkan minyak. dan environment friendly..haha! Dan Tahniah..Model-modelnya berpakaian sopan! Hihi..


Satu lagi kan..kan best kalau kita ada Green Environment City Concept macam Google buat. Maknanya..melestarikan teknologi hijau. Semua guna bahan-bahan yang selamatkan alam sekitar kita. Kalau Prius tu harganya sehibu tiga hatus je..lama dah saya guna..hahha..Takut bila melihatkan kesan rumah hijau dan kesannya terhadap bumi ni...kalau boleh pindah Marikh oklah juga..Ishh tersasar dari konsep blog sebenar dah ni...

bang.. ni bukan QA Department..ahakss
tahniah kat lecturers dan adik-adik junior..bangganya..walau aku tak terlibat langsung..hihi
kalau dapat ni sebijon pun ok kan...

dapat yang putih ni lagi ok.. :D

*semua ni adalah pandangan peribadi tau..

Saturday, December 11, 2010

Puding Bandung

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Seruling..seruling ..
Tepuk Bandung..bandung
Bertepuk tangan..bersuka ria..
Ku bilang ..satu..dua..tiga..empat..
Nenek tanam peria tua..(ye ke?)
Burunggg kakak tuaa ..wa ..wa..
Tinggal di jendela..le..le..
Nenek sudah tua..wa ..wa..
Giginya tinggal dua..wa..wa..
Letchum!


Apa khabar semua? Sihat? Nak pegi mana hari ni? Apa Motor Show? Hehehe..hari ni ada Motor Show kat PWTC. Tengok-tengok kereta-kereta ni pun best juga..yang tak best cuma tengok gadis-gadis yang ngendeng-ngendeng tepi kereta tu je..kalau tak pakai seksa-seksa oklah juga. Haha. Apa motifnya pun tak berapa pasti. Ermm..tapi saya tak pergi lagi ni..tak tahulah kot-kot dah tukar format ..tak guna gadis-gadis..guna jejaka-jejaki pulak.. We will wait and see.

 
Menu kali ni rupa parasnya macam puding yang Gert tu buat. Yang saya selalu-selalu tengok kat dapur Ratu Jello aka Yatt Maria dan Kak Nor .Mula-mula memang nak follow dan cuba ikut resepi tu. Tapi say a tak biasa lagi guna agar-agar serbuk. Takut eksperimen tak jadi. Dan saya cuma ada 1 jam je nak buat puding ni . Jadi saya cuma guna agar-agar tali dan susu sejat. Senang je...hahaha..

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali cap Burung Layang-layang
1000ml air
400ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir
2 sk pewarna ros merah

 
Cara-caranya
Gunting-guntingkan sikit agar-agar tali
Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk.
Biarkan hingga larut dan mendidih (tak perlu dikacau)
Bila dah mendidih dan agar-agar tu sudah larut, perlahankan api.
Masukkan susu sejat, gaul hingga sebati.
Bila sudah sebati, tapiskan.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna putih, satu lagi yang dicampukan dengan pewarna merah
Curahkan ke dalam acuan kegemaran. Masukkan dulu warna merah. Biarkan ia mengeras sedikit.
Kemudian agak-agak 5-7 minit masukkan pula warna putih. Curahkan perlahan-lahan menggunakan belakang sudu.
Sejukkan..

Insyaallah ..saya akan follow dan cuba resepi asli dari Gert. Minta maaf ye..

Sumber: Ilham dari Gert...tapi diubahsuai oleh Faradean ikut bahan yang ada kat dapur..Ahakkss

Friday, December 10, 2010

Sardine Puff

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Di pagi Jumaat yang indah ini...memang tenang dan damai sekali. Hahaha.. Dah sarap? Hari ni saya kongsikan pengalaman saya menggunakan pastri yang dah ready made. Saya dapat maklumat ni dari sapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu aka CMG. Dalam resepi ni cuma resepi sardin je sendiri punya resepi. Tapi cara-cara mengendalikan pasti  ni saya rujuk dalam blog CMG. Semoga Cik Mat sentiasa dimurahkan rezeki sebab sudi berkongsi ilmu masak-memasak ni. Seronok juga bila dah tahu kat mana nak dapatkan pastri ni..sebab den malas nak uli..hihi..kat kepala ni dah macam-macam resepi nak cuba dengan menggunakan pasty.



Bahan-bahan untuk sardin

1 tin ikan sardin kecil (dalamnya ada seekor ikan je)- buangkan sos yg dalam tin
2 sudu besar cili giling
4 biji bawang merah- dimayang
4 biji bawang putih- dimayang
gula dan garam secukupnya
1 sudu besar perahan jus lemon atau limau kasturi
Minyak zaitun - nak guna minyak lain pun boleh..
Cara-caranya
Panaskan minyak...tumis bawang merah, putih hingga harum.
Masukkan cili giling..tumiskan hingga cili masak..masukkan gula..gaulkan hingga sebati
Kemudian, masukkan ikan sardin tanpa sos dalam tin ..hancurkan dan gaulkan dengan sebati.
Masukkan perahan jus lemon. Dan perasakan dengan gula dan garam. Bila dah masak..angkat.
Bahan untuk pastri
Bahan Lain: yang ini saya follow CMG punya steps
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus- saya spice millkan je dan saya taburkan parsley flakes atasnya
Sos pilihan (optional)  
UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...

CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart"..... 

Sumber: Cik Mat Gebu
Related Posts with Thumbnails