Advertisement

Friday, December 17, 2010

Ubi Kayu Goreng dan Sambal Tumis Ikan Bilis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Menu ni adalah kesinambungan menu ubi kayu. Kali ni saya goreng je la. Ubinya lembut je bila dimakan dan tak keras. Senang..cepat..dan sedap dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Gandingan yang mantop untuk minum petang atau sarapan pagi. 


Bahan-bahan
1 biji ubi kayu - kupas kulitnya, bersihkan dan rendam seketika
garam dan serbuk kunyit secukupnya

Cara-caranya
Potong ubi kayu mengikut cara masing-masing.
Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.
Panaskan minyak..dan goreng hingga empuk dan kekuning-kuningan.


Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis
Ikan bilis dibasuh dan ditoskan
3 sudu besar cili giling
1 labu bawang holland - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil asam jawa
1 cawan air -tambahkan ikut suka kalau nak banyak kuahnya.
Minyak untuk menumis


Cara-caranya
Goreng ikan bilis secukupnya hingga garing. Angkat dan toskan.
Tumiskan bawang holland dan putih hingga harum. Masukkan cili giling dan tumis hingga masak. Masukkan gula. Gaul hingga sekata. Masukkan 1 cawan air dan air asam jawa. Biarkan hingga pekat. Kemudian, bila dah mendidih dan pekat masukkan ikan bilis. Gaul dan angkat.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

4 comments:

  1. Sedapnya..ubu kayu makan waktu hujan2..Fuhh..layan betul..

    ReplyDelete
  2. ibh>
    salam..layann dgn minum kopi panasss..wow..mantopp!

    ReplyDelete
  3. ni selalu MIL buat time mangan pagi pastu ptg bwg merah goreng sekali wah wanginya

    ReplyDelete
  4. salam chik mimi
    tak penah lagi goreng dgn bwg..
    boleh try lain kali ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails