Speedlight SB-900

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah sarapan semua? Saya tengah menikmati sarapan pagi ni..makan Mexico Bun..bukan saya buat sendiri..adik saya bagi semalam. Dapat jugalah saya preheat semula untuk saya sarapan dan suami saya buat bekal di tempat kerja.
Gambar ini diambil dari Google


Ok..ok..saya nak memperkenalkan kawan baharu kepada kamera iaitu speed light SB-900.
'Speed..kawan-kawan ye dengan abang nikon dan adik nikkor ye..jangan gaduh2...apa yang penting kerjasamaa..nanti gambar yang akak dan abang ambik cantik sikit ..LOL'
 Ini rupanya bila camera di'attach'kan dengan speedlight

Alhamdulillah..Suka...  dapat speedlight ni!! Dapatlah saya dan suami bereksperimen dan ambil gambar dengan pelbagai teknik. Tapi saya ni memang malas sikit nak membaca...berbanding dengan suami yang agak tekun belajar teknik-teknik mengsetting kamera. Saya rasa suami saya dah tumpang minat yang sama dengan saya..iaitu ambil gambar!

Kenapa kita perlu guna speedlight? Bukankah ada flash kat kamera tu? Meh sini saya nak habaq..kalau kita guna flash biasa kat kamera tu kadang-kadang gambar tak jadi natural..tapi bila kita guna speedlight ni akan menjadikan gambar tu mendapat Soft Natural Lighting. Ini kerana 'Bounce flash' (merupakan satu teknik pencahayaan yang mudah dan paling efektif ) yang dipancarkan ke siling atau dinding akan melembutkan atau mensemulajadikan bayang-bayang dan menghasilkan gambar yang lebih real dan semulajadi..
ini contohnya

Selain Bounce Flash, 'Remote Flash' pula membolehkan kita menggunakan speedlight mengikut sudut atau arah mana pencahayaan untuk sesuatu subjek. Jadi ia memudahkan kita bereksperimen dengan menggunakan teknik pencahayaan dari sudut yang berbeza jauh dari kamera tanpa menggunakan kabel.

Satu lagi kelebihannya speedlight ialah ia dapat mengubah mood sesuatu gambar. Gambar akan nampak lebih menarik dan nampak hidup! Best betul kalau saya dapat master dalam fotografi ni..sebenarnya impian saya ialah menjadi seseorang yang boleh menggunakan kemahiran seni kreatif yang digabungkan dengan teknologi. Walaupun kerjaya saya dalam bidang lain..tapi setakat ni saya boleh lagi menggarap ilham seni kretif + teknologi dalam kehidupan seharian..LOL
 budak-budak kalau ambik gambar takde gaya lain..

Saya kreditkan sedikit kekaguman kepada Kak Rima , Kak Hana, Love dan Ika yang saya kira mereka bukanlah professional photographer tapi skill mereka2 ni dah hampir-hampir nak jadi pro..especially dari segi teknik pencahayaan dan layout subjek. Kak nak tuisyen dengan akak bole?? Untuk keterangan lebih lanjut dan keistimewaannya..meh klik SINI..

Sumber: Nikon

Comments

Post a Comment

Popular Posts