Advertisement

Saturday, December 18, 2010

Nasi Goreng Ikan Tenggiri Pekasam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Menu makan malam dah siap? Saya rasa menu ni memang sesuai di makan untuk makan malam. Sebab ianya ringkas dan tak banyak bahan-bahannya. Sebenarnya saya tak pernah beli ikan tenggiri pekasam ni. Satu hari, masa dalam perjalanan pulang dari kampung, saya singgah nak beli keropok lekor. Saya rasa di Marang, Kuala Terengganu. Cik abang tetiba suruh saya beli ikan tenggiri pekasam ni. Maklumlah biasa-biasa cik abang memang tak berapa suka sangat termasuk saya. Tapi bukan tak makan langsung..makan cuma jaranggggg-jaranggg...kaddangg-kaddangg.  Dan sejujurnya saya nak bagitau ni lah first time saya buka dan keluarkan ikan pekasam ni..lembik rupanya..bila dah goreng baru jadi keras ye..hihi..Selamat menjamu selera!



Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
10 biji cili padi (lombok rawit)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan lobak merah
2 potong ikan tenggiri pekasam - dibasuh dahulu
1 biji telur
2 tsp gula
Minyak 

Untuk bawang goreng
5 biji bawang bombay - dihiris nipis
minyak untuk menggoreng

ini bukan specimen makmal..ni ikan tenggiri pekasam

Cara-cara
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih hingga lumat. (Gunakan lesung batu). Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah lumat ke dalam kuali. Tumis hingga bau harum. Tambahkan gula. Bila dah agak sebati dan rasanya, masukkan ikan tenggiri pekasam. Goreng atau tumis hingga ikan tu agak keras dan garing. OK, masukkan lobak merah..kemudian telur dan gaulkan hingga rata. Masukkan nasi dan goreng hingga garing. Angkat dan bolehlah dihidang.
Hiaskan dengan bawang goreng.

Sumber: Faradean's Recipes

6 comments:

  1. nasik goreng tu ok je tp ikan pekasam tu kak rose kureng ... x penah makan pun...sbb nya? I don't like the smell! mucuk!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam fara. Emmm.... Kecur dah air liur... pekasam is my feveret....

    ReplyDelete
  3. Love> a'a..tapi tak boleh mkn bnyk2..masin!
    haha..jemput mkn..

    ReplyDelete
  4. kak rose> ye betul kak..mmg tak tahan sampai bersin..hihi

    ReplyDelete
  5. homekreation> hihi..along..mmg sedap tapi tak tahan time nak buka botol tu..huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails