Sardine Puff
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Di pagi Jumaat yang indah ini...memang tenang dan damai sekali. Hahaha.. Dah sarap? Hari ni saya kongsikan pengalaman saya menggunakan pastri yang dah ready made. Saya dapat maklumat ni dari sapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu aka CMG. Dalam resepi ni cuma resepi sardin je sendiri punya resepi. Tapi cara-cara mengendalikan pasti ni saya rujuk dalam blog CMG. Semoga Cik Mat sentiasa dimurahkan rezeki sebab sudi berkongsi ilmu masak-memasak ni. Seronok juga bila dah tahu kat mana nak dapatkan pastri ni..sebab den malas nak uli..hihi..kat kepala ni dah macam-macam resepi nak cuba dengan menggunakan pasty.
Bahan-bahan untuk sardin
1 tin ikan sardin kecil (dalamnya ada seekor ikan je)- buangkan sos yg dalam tin
2 sudu besar cili giling
4 biji bawang merah- dimayang
4 biji bawang putih- dimayang
gula dan garam secukupnya
1 sudu besar perahan jus lemon atau limau kasturi
Minyak zaitun - nak guna minyak lain pun boleh..
Cara-caranya
Panaskan minyak...tumis bawang merah, putih hingga harum.
Masukkan cili giling..tumiskan hingga cili masak..masukkan gula..gaulkan hingga sebati
Kemudian, masukkan ikan sardin tanpa sos dalam tin ..hancurkan dan gaulkan dengan sebati.
Masukkan perahan jus lemon. Dan perasakan dengan gula dan garam. Bila dah masak..angkat.
Bahan untuk pastri
Bahan Lain: yang ini saya follow CMG punya steps
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus- saya spice millkan je dan saya taburkan parsley flakes atasnya
Sos pilihan (optional)
UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....
Sumber: Cik Mat Gebu
bungkus 2 ketui makcik! kekeke.... *psstt akak xde la terer mana fara bab tembak2 tuh.. cube akak gune tips yg jiya bg aritu.. tuh jerk.. tonggang tonggek sampai terkentut2 gtu! wakakakaka... lg satu akak xde speedlite cam ko tuh... dah tentu ko nyer lg bagos dong ah! akak still learning n learning n learning... sampai bila pong aku tak tau.. hahahaa
ReplyDeleteuwihhhh sedapnya puff, nak buat malasnya... puff ada dah berjaman dalam fridge tp sadin lak x de! nak ngendeng fara punya lah...
ReplyDeletesalam fara,
ReplyDeletewah akak belum jumpa lagi pastry puff ni
tengok ajelah fara punya..eh, minta 10 ketul..
hana> nah kak 2 ketui..hehe..
ReplyDeletekak jiya tu siapa ye?
nasib baik kentut tu ikut laluan lain..ahahahha..klau tak abisss tercemar gambar2 tu kak..hahaha..
rsanya kat nippon tak yah guna speedlight sbb suasana tu dh ada kak..
suami sy suka tgk gambo kat umah akak..tu yg dia beli sppedlight aka lampu suluh..hahaha..
kak rose>
ReplyDeletehehe..excited gilerr buat benda ni..makan lagila excited ..sorang mkn 4 bijikk ..kenyang kak..
kak ayu..
ReplyDeleteakak punya pasal..nah 10 ketul..
jenama ni je yang saya jumpa..rsanya kat deli france ada jual juga kak..