Puding Bandung

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Seruling..seruling ..
Tepuk Bandung..bandung
Bertepuk tangan..bersuka ria..
Ku bilang ..satu..dua..tiga..empat..
Nenek tanam peria tua..(ye ke?)
Burunggg kakak tuaa ..wa ..wa..
Tinggal di jendela..le..le..
Nenek sudah tua..wa ..wa..
Giginya tinggal dua..wa..wa..
Letchum!


Apa khabar semua? Sihat? Nak pegi mana hari ni? Apa Motor Show? Hehehe..hari ni ada Motor Show kat PWTC. Tengok-tengok kereta-kereta ni pun best juga..yang tak best cuma tengok gadis-gadis yang ngendeng-ngendeng tepi kereta tu je..kalau tak pakai seksa-seksa oklah juga. Haha. Apa motifnya pun tak berapa pasti. Ermm..tapi saya tak pergi lagi ni..tak tahulah kot-kot dah tukar format ..tak guna gadis-gadis..guna jejaka-jejaki pulak.. We will wait and see.

 
Menu kali ni rupa parasnya macam puding yang Gert tu buat. Yang saya selalu-selalu tengok kat dapur Ratu Jello aka Yatt Maria dan Kak Nor .Mula-mula memang nak follow dan cuba ikut resepi tu. Tapi say a tak biasa lagi guna agar-agar serbuk. Takut eksperimen tak jadi. Dan saya cuma ada 1 jam je nak buat puding ni . Jadi saya cuma guna agar-agar tali dan susu sejat. Senang je...hahaha..

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali cap Burung Layang-layang
1000ml air
400ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir
2 sk pewarna ros merah

 
Cara-caranya
Gunting-guntingkan sikit agar-agar tali
Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk.
Biarkan hingga larut dan mendidih (tak perlu dikacau)
Bila dah mendidih dan agar-agar tu sudah larut, perlahankan api.
Masukkan susu sejat, gaul hingga sebati.
Bila sudah sebati, tapiskan.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna putih, satu lagi yang dicampukan dengan pewarna merah
Curahkan ke dalam acuan kegemaran. Masukkan dulu warna merah. Biarkan ia mengeras sedikit.
Kemudian agak-agak 5-7 minit masukkan pula warna putih. Curahkan perlahan-lahan menggunakan belakang sudu.
Sejukkan..

Insyaallah ..saya akan follow dan cuba resepi asli dari Gert. Minta maaf ye..

Sumber: Ilham dari Gert...tapi diubahsuai oleh Faradean ikut bahan yang ada kat dapur..Ahakkss

Comments

  1. waduh3x...jello suda mari arrr??? sagat manawan...nak tanya tu atas sekali lagu ka, gurindam ka or just rambles...hehe..

    ReplyDelete
  2. yat maria
    tu lagu main sep-sep tom-tom-tom masa kcik2
    hahahha...

    ReplyDelete
  3. salam fara, cantik puding tu..

    kelebihan guna agar2 serbuk ni dia cepat larut berbanding dgn agar2 tali. rasanya lebih cepat mengeras gak :)

    ReplyDelete
  4. Assalam Fara caranya warnanya tue nak nak nak jugak

    ReplyDelete
  5. kak nor>
    terima kasih kak..meluap2 semangat nak buat puding lagi..haha..
    Insyaallah..sy try guna serbuk pulak..mintak-mintak hasilnya sedap dan cantik mcm akak punya

    ReplyDelete
  6. chik mimi>
    jempulah makan..nnt sy buat lagi sy hantar kat dapur chik mimi ye..

    ReplyDelete
  7. aci tak balas komen macam ni..hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts