Advertisement

Monday, December 13, 2010

Ayam Masak Bawang Putih

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Semalam dah lewat malam baru sempat update blog. Tapi tahap kerajinan meng'update' blog ni tak sampai lagi tahap En Ben Ashaari. Baru je baca entri dia..dah ada entri yang terkini...ketapi saya ni slow sangat gamaknya..haha. Menu yang saya nak kongsikan hari ni khabarnya hidangan kesukaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri kita yang pertama. Saya dapat resepi ni pun dari rancangan memasak JOM RASA kelolaan Master Chef Sabri Hassan yang popular dengan program Spice Route tu..(suka tengok program ni). Ianya dimasak oleh seorang chef yang umurnya dah 70-80 tahun iaitu seorang chef Cina Muslim.


Resepi ni memang menggunakan bawang putih yang sangat banyak. Kalau ikut resepi sebenar kita memerlukan lebih dari 30 biji bawang putih...tapi untuk saya saya sesuaikan dengan jumlah ayam saya. Sedap..ringkas dan saya kira berkhasiat sebab bawang putih ni kan baik untuk kesihatan.


Bahan-bahan
250g daging ayam yang dipotong dadu..sederhana saiznya
7 ulas bawang putih- kupas kulitnya dan jangan dipotong
7 ulas bawang putih- dipotong nipis-nipis
5 ulas bawang merah- dimayang
2 biji cili merah-dipotong 
2 sudu besar sos cili bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Lumur ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Panaskan kuali dan 1/2 kuali minyak . Pastikan minyak betul-betul panas.
Gorengkan ayam dengan 7 ulas bawang putih yang belum dipotong (iaitu yang sebiji-sebiji)
Gorengkan hingga ayam agak garing dan aroma bawang putih harum. Hati-hati jangan sampai hangit pulak bawang putih tu. Bila sudah garing..angkat dan toskan.
Kurangkan minyak...tinggalkan dalam 5 sudu besar minyak je.
Panaskan kuali..tumis dulu bawang merah, bawang outih yang dipotong nipis dan cili merah. Tumis hingga terbit aroma. 
Masukkan pula sos cili bawang putih, sos cili dan tomato ke dalam tumisan bawang. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Hidangkan..

Sumber: Chef Chinese Muslim dan Master Chef Sabri Hassan dari Rancangan Jom Rasa

4 comments:

  1. salam,,

    menu untuk makan malam yg best ni..

    :).

    ReplyDelete
  2. salam fara,
    ermm nampak best lauk ayam bawang putih ni..bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  3. sekamar rindu
    memang sesuai dik..cubalah ..cuma kurangkan sikit minyak tu..hihi

    ReplyDelete
  4. ayu
    salam kak ayu..
    memang sedap dan rasa bawang putih agak kuat..hihi
    cubalah kak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails