Daging Balado Basah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat Hari Jumaat yang penuh keberkatan. Lama juga tak update blog. Ada urusan dan perlu mengurangkan aktiviti yang melibatkan radiasi..hahaha. Hari ni saya pinjam resepi dari Sifu Ummi. Daging Balado Basah. Sedap juga.. rasa pedas-pedas, manis-manis pun ada. Kadang-kadang, masak ni kena juga jenguk-jenguk kat dapur orang supaya ianya menjadi dan sedap! Kak Ummi, pinjam dan copy paste resepi kat sini ye. Terima kasik kak sebab sudi berkongsi resepi yang sedap ni. Oklah jemput makan semua....
Bahan:-
• 500 gm daging batang pinang
• 1/2 - 1 sk. garam
• 1/8 sk. serbuk kunyit
• 4 ulas bawang putih - tumbuk halus
• 500 ml air
• Minyak untuk goreng
• 1 sudu besar jus limau nipis
• 500 gm daging batang pinang
• 1/2 - 1 sk. garam
• 1/8 sk. serbuk kunyit
• 4 ulas bawang putih - tumbuk halus
• 500 ml air
• Minyak untuk goreng
• 1 sudu besar jus limau nipis
Bahan Ditumbuk Kasar:-
• 250 gm cili hidup merah (akak guna 4 biji cili merah + 4
tangkai cili padi merah)
• 150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
• 1/2 - 1 sudu kecil garam
• 150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
• 1/2 - 1 sudu kecil garam
Cara Memasak:-
1. Potong-potong daging ukuran 1x5x5 cm, kemudian
bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk
kunyit dan bawang putih. Perap 15 - 20 minit.
2. Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan
2. Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan
tuangkan air tadi separuh. Jerang di atas api kecil dan
tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk.
Kalau belum cukup empuk, tambah air secukupnya dan
masak lg hingga daging empuk. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan
daging tadi dan goreng hingga kecoklatan tapi
jangan terlalu kering/garing. (Boleh goreng sikit2..)
Angkat dan toskan.
4. Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebih kurang
4. Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebih kurang
150 ml minyak. Tumiskan bahan tumbuk kasar
hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan
pecah minyak.
5. Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau
5. Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau
menyengatnya hilang, seimbangkan rasa dan
matikan api.
6. Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.
6. Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.
Sumber : Kak Ummi
Very the tergugat iman one... :D
ReplyDeletesoyaree>
ReplyDeletebawak bertendang..haha..
meh la jemput mkn kat sini..